Penyelidik di Cochrane mengemaskini Ulasan Cochrane 2013 Cochrane mengenai kesan senaman bagi pesakit yang mengalami kepatahan spina akibat osteoporosis. Selepas mencari semua kajian yang relevan sehingga November 2017, mereka menemui sembilan kajian dengan seramai 749 orang; di mana dua adalah kajian baru.
Apakah kepatahan spina akibat osteoporosis dan apa itu senaman?
Tulang adalah merupakan sebahagian tubuh yang hidup. Sepanjang kehidupan, tulang lama dihapuskan dan digantikan dengan tulang baru, lebih kuat. Seseorang yang mempunyai osteoporosis, tulang lama dihapuskan lebih cepat daripada boleh diganti dengan tulang yang baru, menjadikan tulang lebih lemah dan lebih berkemungkinan untuk patah. Senaman sering disyorkan bagi penghidap osteoporosis. Program-program senaman mungkin perlu diubahsuai untuk individu yang berisiko tinggi untuk kejadian patah, seperti individu dengan kepatahan tulang belakang yang disebabkan osteoporosis. Ada kemungkinan senaman, jika tidak dilakukan dengan betul, boleh meningkatkan risiko patah.
Apa yang berlaku kepada orang-orang yang mempunyai kepatahan spina akibat osteoporosis yang bersenam?
Bagi mereka yang berumur lebih 40 tahun dengan kepatahan spina akibat osteoporosis, kami tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai samada keretakan baru atau jatuh berlaku selepas memulakan program senaman, atau tentang kesan-kesan sampingan dan komplikasi, terutamanya dalam kalangan lelaki.
Dalam kemaskini ulasan ini, penemuan-penemuan baru mencadangkan senaman mungkin meningkatkan prestasi fizikal mereka yang mempunyai kepatahantulang belakang. Bagaimanapun, ianya tidak dapat dipastikan samada senaman mempunyai apa-apa kesan ke atas kesakitan dan kualiti hidup.
Kami tidak dapat maklumkan dari keputusan kami samada latihan akan menyebabkan kemudaratan, tetapi terdapat bukti kejadian-kejadian yang tidak diingini yang dikaitkan dengan senaman (termasuk kepatahan dua tulang rusuk). Individu berisiko tinggi kepatahan semasa senaman dan semasa peralihan (contohnya bergolek dari keadaan menelentang / berpusing ke perut, pengendalian berat) dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko. Kebanyakan intervensi disampaikan oleh ahli terapi fizikal dalam fasiliti atau pusat penyelidikan, yang demikian kesimpulan tidak boleh dibuat tentang intervensi senaman oleh ahli profesional kesihatan yang lain atau dalam persekitaran lain.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my