Doktor menggunakan tanda-tanda amaran untuk menyaring kepatahan tulang belakang bagi pesakit mengalami sakit belakang yang baru

Nota editorial: 

Layari https://www.cochranelibrary.com/cdsr/doi/10.1002/14651858.CD014461.pub2/full untuk ulasan terkini yang merangkumi topik ini.

Kajian ini menerangkan pemahaman tentang praktis pemeriksaan kecederaan tulang belakang apabila pesakit datang ke doktor perubatan keluarga, klinik sakit belakang atau ke kecemasan dengan sakit belakang baru. Doktor kebiasaannya akan bertanya beberapa soalan dan memeriksa bahagian belakang untuk keberangkalian kepatahan tulang belakang. Pemeriksaan ini dilakukan kerana rawatannya berbeza untuk sakit belakang biasa dan jika sekiranya ada kepatahan tulang. Kepatahan tulang biasanya didiagnosis dengan x-ray, kemudian dirawat dengan rehat, pendakap belakang dan ubat tahan sakit. Sakit belakang biasa dirawat dengan senaman, manipulasi kiropraktik, dan ubat tahan sakit; x-ray, tomografi berkomputer (CT) dan imbasan pengimejan resonans magnetik tidak berguna untuk diagnosis. Kepatahan tulang belakang adalah jarang, menjadi penyebab sakit belakang dalam lingkungan 1% hingga 4.5% lawatan sakit belakang baru ke doktor keluarga.

Lapan kajian termasuk beberapa ribu pesakit menerangkan 29 soalan yang berbeza dan pemeriksaan fizikal yang telah digunakan untuk mengenalpasti patah tulang belakang. Kebanyakan daripada 29 soalah tersebut adalah tepat tidak tepat. Empat soalan terbaik yang ditanya adalah berkenaan penggunaan steroid (yang boleh menyebabkan tulang lemah), usia pesakit (usia di atas 74 meningkatkan risiko patah tulang) dan trauma dalam masa terdekat seperti kejatuhan. Menggunakan gabungan soalan-soalan terbaik meningkatkan ketepatannya. Sebagai contoh, wanita di atas usia 74 tahun lebih cenderung mengalami patah tulang apabila mereka datang ke doktor yang mengadu sakit belakang. Di kecemasan, petunjuk terbaik patah tulang belakang adalah lebam atau luka yang menyakitkan di bahagian belakang.

Kepatahan tulang belakang ini jarang berlaku dan umumnya tidak memerlukan rawatan kecemasan, walaupun terdapat tanda-tanda amaran, doktor boleh memerhati dan memantau pesakit terlebih dahulu. Selama tempoh menunggu, pesakit harus mengelakkan rawatan seperti senaman dan manipulasi yang tidak disyorkan bagi kepatahan tulang belakang.

Kesan terburuk dari pemeriksaan saringan mengenai tanda amaran berkualiti rendah adalah rawatan berlebihan dan rawatan yang tidak memuaskan. Sekiranya ujian tidak tepat, pesakit tanpa kepatahan tulang belakang mungkin mendapat imbasan x-ray atau CT yang tidak diperlukan - pendedahan yang tidak perlu kepada x-ray, kebimbangan tambahan serta pembaziran wang. Sebaliknya (dan jarang-jarang sekali), kepatahan tulang mungkin terlepas dan menyebabkan pesakit lambat menerima rawatan yang diperlukan.

Sebilangan besar kajian adalah berkualiti rendah atau sederhana, jadi perlu lebih banyak penyelidikan untuk mengenal pasti gabungan soalan dan kaedah pemeriksaan yang terbaik.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Daniel Hazim bin Mohd Shukri, Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information