Soalan sorotan
Soalan utama yang dalam sorotan ini adalah berkesankah pendakap gigi tetap atau penahan boleh tanggal untuk rawatan relaps gigi bawah hadapan selepas rawatan ortodontik, berbanding satu sama lain atau tiada rawatan.
Latar belakang
Masalah penting bagi pesakit untuk menyempurnakan rawatan ortodontik ialah mengekalkan gigi bawah hadapan dalam posisi yang betul (disebut sebagai rawatan relaps) dan mencegah gigi daripada kembali ke posisi asal. Selepas rawatan ortodontik, kurang dari separuh pesakit dapat mengekalkan susunan gigi bawah hadapan untuk 10 tahun akan datang, dan semakin kurang (10%) dapat mengekalkan susunan gigi untuk 20 tahun. Rawatan relaps penting untuk mengelakkan pembaziran wang, masa dan sumber, dan untuk mengekalkan penampilan dan fungsi gigi yang teratur dengan baik.Terdapat dua jenis aplians (penahan) yang diguna untuk mengurus relaps; penahan yang terlekat pada gigi atau penahan boleh tanggal untuk dicuci.
Penahan tetap yang paling lazim adalah:
•pendakap biasa yang ada braket terlekat pada gigi di bahagian bibir (pendakap labial);
•pendakap dengan braket terlekat pada gigi di sisi lidah (lingual braces); atau
• dawai fleksibel yang dilekatkan pada gigi di bahagian lidah tanpa menggunakan braket.
Penahan boleh tanggal yang paling biasa adalah:
• penahan yang dibuat daripada dawai dan akrilik (retainer Hawley), dengan atau tanpa tambahan spring untuk aplikasi daya; atau
• 'aligner' tersembunyi, bebas dari braket dan dawai logam, yang dijana komputer untuk dimuatkan pada gigi bawah pesakit dan menggerakkan gigi.
Ciri kajian
Sorotan ke atas kajian-kajian sedia ada telah dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane dan bukti adalah terkini sehingga 9 November 2012.
Di dalam sorotan ini, tiada kajian yang diterbitkan antara 1950 dan 2012 di mana pesakit dirawat secara rawak sama ada dengan pendakap tetap, penahan boleh tanggal atau tiada rawatan.
Keputusan utama
Tiada kajian yang sesuai untuk dimasukkan di dalam sorotan ini.
Kualiti bukti
Pada masa ini tiada bukti untuk menyokong penggunaan satu-satu rawatan untuk relaps berbanding yang lain.
Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my