Ketidakpastian dalam penjagaan pesakit dengan acute lymphoblastic leukemia (ALL) adalah pilihan rawatan yang diberikan selepas memberi remisi yang lengkap dengan kemoterapi induksi. Terapi alternatif termasuk kemoterapi penyatuan, pemindahan autologous (pemindahan sel stem pesakit sendiri ) atau pemindahan allogeneic (pemindahan menggunakan sel stem penderma). Percubaan-percubaan klinikal mempunyai kesimpulan yang berbeza tentang cara yang terbaik. Kami telah menjalankan kajian yang sistematik dan meta-analisis mensintesis kajian penyelidikan klinikal yang telah memeriksa hasil mengikut status penderma vs. tiada penderma, atau randomization genetik. Ini adalah satu kaedah analisisuntuk menilai kesan pemindahan dalam keadaan penyakit ini. Analisis kami menyokong pemindahan sel penderma adik-beradik padan allogeneic hematopoeitic sebagai cara yang menawarkan hasil jangka panjang terbaik, khusus menyediakan ikhtiar hidup yang optimum dan mengurangkan risiko untuk berulangan ALL.
Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.