Rawatan kanal akar boleh dilakukan sebagai alternatif kepada cabutan ke atas gigi yang mana bekalan sarafnya telah tercedera atau mati.Rawatan kanal akar dibuat kerana kanal akar terlibat telah dijangkiti atau pulpa mengalami keradangan teruk.Matlamat rawatan kanal akar adalah untuk menghapuskan bakteria dan mencegah kemasukannya ke dalam sistem kanal akar gigi.Teknik ini melibatkan pemcucian dan pembuangan kandungan bakteria dan saraf yang masih tertinggal dalam kanal. Penghapusan sebarang jangkitan meningkatkan peluang kejayaan, dan pengairan kanal dengan larutan-larutan tertentu semasa prosedur boleh membantu. Terdapat pelbagai larutan pengairan antiseptik dan antibakteria. Sodium hipoklorit (NaOCL) dalam pelbagai kepekatan telah lama digunakan oleh doktor pergigian, tetapi kebimbangan timbul berkaitan dengan ketoksikan and beberapa laporan kesakitan apabila kepekatan yang lebih tinggi digunakan. Klorheksidin, sejenis antimikrobial sering diguna dalam pelbagai kepekatan larutan atau gel. Gabungan antibiotik dan detergen (MTAD) telah dibangunkan baru-baru ini dan kini lebih kerap digunakan.
Ulasan ini menilai 11 kajian yang melibatkan 851 peserta dengan 879 gigi hadapan dan belakang yang telah dirawat kanal akar. Sodium hipoklorit dalam perbagai kepekatan lazim diguna sebagai larutan pengairan diikuti dengan klorheksidin dalam bentuk cecair atau gel.Kesakitan yang dialami sejurus selepas rawatan dan di antara temujanji tidaklah berbeza di antara beberapa bahan pengairan atau pelbagai kepekatan setiap jenis bahan.Data yang terhad mencadangkan kepekatan sodium hipokorit yang lebih tinggi dan cucian akhir dengan klorheksidin mungkin lebih berkesan berbanding bahan pengairan lain untuk menghapuskan bakteria.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).Disunting oleh Tan May Loong,(Penang Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my