Apakah faedah dan risiko semakan ubat untuk orang dewasa yang dimasukkan ke hospital?

Mesej utama

Semakan ubat pada orang dewasa yang dimasukkan ke hospital mungkin mengurangkan kemasukan semula hospital tetapi mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas kematian.

Apakah semakan ubat?

Semakan ubat ialah intervensi berstruktur yang dijalankan oleh profesional penjagaan kesihatan untuk mengoptimumkan ubat pesakit individu dan meningkatkan hasil kesihatan.

Apa yang kami ingin ketahui?

Sama ada semakan ubat meningkatkan kesihatan pesakit dewasa yang dimasukkan ke hospital.

Apa yang kami buat?

Kami mencari kajian yang memeriksa semakan ubat berbanding dengan penjagaan biasa atau kajian yang memeriksa dua atau lebih jenis ulasan ubat dalam orang dewasa yang dimasukkan ke hospital. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian, dan menilai keyakinan kami terhadap bukti.

Apa yang kami dapati?

Kami mendapati bahawa semakan ubat dalam pesakit dewasa yang dimasukkan ke hospital mungkin mengurangkan kemasukan semula hospital dan mungkin mengurangkan hubungan jabatan kecemasan. Walau bagaimanapun, semakan ubat mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan pada kematian, dan tidak jelas sama ada semakan ubat mempunyai kesan pada kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan.

Apakah batasan bukti?

Hampir semua kajian termasuk pesakit warga emas yang mengambil sejumlah besar ubat, jadi kami mungkin tidak dapat membuat generalisasi keputusan kepada jenis pesakit lain.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Kami mencari pangkalan data elektronik dan sumber lain untuk kajian yang telah diterbitkan sehingga Januari 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information