Apakah tujuan ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk menentukan sama ada memulakan terapi antiretroviral (ART) dalam masa empat minggu diagnosis meningitis kriptokokus mengakibatkan risiko kematian yang lebih tinggi atau mengalami komplikasi lain daripada menunggu lebih daripada empat menunggu untuk memulakan ART.
Mesej utama
Memulakan ART dalam masa empat minggu dari diagnosis meningitis kriptokokus mungkin menyebabkan lebih banyak kematian daripada memulakan ART selepas empat minggu. Walau bagaimanapun, memulakan ART lebih awal mungkin mengakibatkan penurunan mendapati meningitis kriptokokus lagi selepas rawatan yang mencukupi. Tidak ada bukti yang mencukupi untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan komplikasi lain.
Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Meningitis kriptokokus adalah jangkitan kulat otak dan selaput yang menutupi otak yang paling kerap terjadi pada orang dengan sistem imun yang lemah, seperti orang HIV-positif. Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang HIV-positif yang memulakan ART tidak lama setelah diberi rawatan meningitis kriptokokus (dalam masa empat minggu) keadaan akan merosot dan mati lebih kerap daripada mereka yang menangguhkan rawatan untuk jangka masa yang lebih lama (lebih dari empat minggu). Risiko kematian yang lebih tinggi pada kumpulan ART awal telah dikaitkan dengan berlakunya keadaan yang dipanggil sebagai sindrom radang pemulihan semula imun (immune reconstitution inflammatory syndrome, IRIS). Ketika ART dimulakan, orang HIV-positif dengan jangkitan yang mendasari seperti meningitis kriptokokus akan mengalami kemerosotan paradoks pada keadaan mereka kerana sistem imun lawan tubuh akan menyerang ulat, mengakibatkan gejala semakin buruk dan kadang-kala menyebabkan kematian. Ia telah dikemukakan bahawa IRIS adalah penyebab kenaikan kematian jika memulakan ART awal berbanding dengan memulakannya lambat. Walaupun dengan rawatan meningitis kriptokokus yang mencukupi melalui ubat-ubatan antijamur, mendapati semula penyakit ini mungkin akan berlaku pada sesetengah orang HIV-positif dengan meningitis kriptokokus. Sehingga kini, terdapat beberapa percubaan yang menyiasat kesan ART terhadap kematian, kekerapan berlakunya IRIS, atau mendapati penyakit ini semula.
Apakah dapatan utama daripada ulasan ini?
Kami menjumpai empat kajian relevan yang membandingkan orang dewasa HIV-positif dengan meningitis kriptokokus serta mereka yang memulakan ART dalam masa empat minggu diagnosis meningitis kriptokokus dengan mereka yang memulakan ART selepas empat minggu.
Penggabungan hasil daripada empat percubaan menunjukkan bahawa permulaan ART awal dapat meningkatkan frekuensi kematian pada orang HIV-positif dengan meningitis kriptokokus (bukti kepastian rendah). Permulaan ART awal mungkin lebih kurang dalam mengakibatkan mendapati semula meningitis kriptokokus (bukti kepastian rendah). Kami tidak dapat membuat kesimpulan mengenai frekuensi IRIS kerana kepastian tentang bukti yang menyumbang kepada penilaian IRIS sangat rendah. Kami tidak pasti sama ada permulaan ART awal meningkatkan atau mengurangkan penekanan virologi pada enam bulan berbanding dengan permulaan ART lambat (bukti kepastian sangat rendah).
Secara keseluruhan, beberapa kajian memenuhi kriteria penyertaan ulasan ini, yang menyebabkan sukar untuk membuat kesimpulan yang pasti mengenai hubungan antara waktu permulaan ART dan meningitis kriptokokus pada orang HIV-positif.
Adakah ulasan ini terkini?
Kami mencari kajian sehingga 7 Ogos 2017.
Diterjemah oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.