Latihan pernafasan untuk sindrom pernafasan tidak berfungsi/ hiperventilasi

Latar belakang
Sindrom pernafasan tidak berfungsi/ hiperventilasi (DB / HVS) adalah masalah pernafasan yang melibatkan pernafasan terlalu mendalam dan / atau terlalu cepat (hiperventilasi). Terdapat banyak kemungkinan penyebab DB/ HVS dan jika tidak dirawat ia boleh membawa kepada pelbagai gejala yang tidak menyenangkan seperti sesak nafas, pening, pin dan jarum dan kesakitan dada.

Soalan ulasan
Tujuan ulasan ini adalah untuk menyiasat sama ada latihan pernafasan berguna dalam rawatan sindrom pernafasan tidak berfungsi/ hiperventilasi. Matlamat keseluruhan semua latihan pernafasan adalah untuk mengajar pesakit untuk bernafas dengan lembut menggunakan bahagian bawah dada mereka, pada kadar yang sepadan dengan tahap aktiviti mereka.

Keputusan utama
Hanya satu kajian yang memenuhi kriteria untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini, di mana peserta juga menerima terapi relaksasi. Kajian ini mempunyai sejumlah kecil peserta dan memberi sedikit butiran tentang cara ia dilaksanakan. Walaupun laporan kajian mencadangkan latihan pernafasan dapat memberi manfaat dalam rawatan kumpulan pesakit tertentu ini, tidak ada data berangka yang dibentangkan sehingga kami tidak dapat satu kepastian. Tiada kesimpulan yang boleh dipercayai boleh diambil dari kajian kecil dan terpencil ini.

Ringkasan bahasa biasa Cochrane ini adalah terkini sehingga Februari 2013.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com

Tools
Information