Sumatriptan (semua cara pengambilan) untuk serangan migrain akut pada dewasa

Migrain adalah keadaan yang kompleks dengan pelbagai gejala. Bagi kebanyakan orang, ciri utama adalah sakit, dan sering melumpuhkan, sakit kepala. Gejala lain termasuk penglihatan yang terganggu; sensitiviti kepada cahaya, bunyi, dan bau; berasa sakit; dan muntah. Migrain mengganggu 1 dalam 8 orang, terutamanya wanita, dan terutamanya dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun.

Sumatriptan adalah salah satu keluarga ubat triptan yang digunakan untuk merawat serangan migrain. Ia boleh diberikan melalui empat cara yang berbeza: dengan mulut (oral), dengan suntikan di bawah kulit (subkutanus), dengan semburan hidung (intranasal), dan dengan suppositori (rektal). Sorotan berasingan Cochrane untuk setiap cara ini memberikan maklumat tentang cara sumatriptan bekerja dalam mengurangkan kesakitan sakit kepala kepada lebih daripada 50,000 orang dengan migrain. Untuk sumatriptan oral, subkutanus, dan intranasal, terdapat sejumlah besar maklumat daripada kajian berkualiti baik, tetapi terdapat sedikit maklumat tentang cara pengambilan rektal.

Gambaran keseluruhan ini mendapati bahawa satu dos yang diberikan melalui sebarang cara ini berkesan dalam melegakan sakit kepala migrain.

Laluan subkutanus melegakan kesakitan dengan terbaik, di mana kesakitan dikurangkan daripada sederhana atau teruk hingga tidak sampai dua jam dalam hampir 6 dalam 10 orang (59%) yang mengambil 6 mg dos, berbanding dengan kira-kira 1 dalam 7 (15%) yang mengambil plasebo. Dos yang paling kerap digunakan untuk sumatriptan oral, rektum, dan intranasal juga melegakan sakit. Dos oral 50 mg (paling kurang berkesan untuk kombinasi dos dan cara yang biasa digunakan) melegakan kesakitan hampir 3 dalam 10 orang (28%) berbanding dengan 1 dalam 10 (11%) selepas plasebo. Sumatriptan subkutanus juga bertindak paling pantas, melegakan kesakitan lebih banyak pesakit dalam tempoh satu jam rawatan daripada cara pengambilan lain.

Kesan sampingan, yang kebanyakannya ringan dan sederhana dan berdurasi singkat, adalah lebih kerap dengan sumatriptan subkutanus dan pada dos sumatriptan oral dan intranasal yang lebih tinggi berbanding kombinasi dos dan cara pengambilan lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information