Globulin anti-timosit untuk pencegahan ppenyakit graf lawan tuan kepada pesakit yang menerima transplantasi sel stem asing

 

Apakah pemindahan sel stem alogenik dan penyakit graf tuan lawan?

Pemindahan sel stem alogenik (SCT) ialah pemindahan asing iaitu bukan sel stem sendiri, daripada penderma kepada pesakit (penerima). Ia adalah pilihan rawatan terapeutik yang berpotensi untuk pelbagai penyakit yang berkaitan dengan darah. Lebih daripada 8000 SCT alogenik telah dijalankan di Amerika Syarikat sahaja setiap tahun sejak 2015. Pada 2016, pendaftaran sumsum tulang dunia telah merekodkan sekitar 29,000 SCT alogenik di seluruh dunia.
Walaupun penderma dan penerima adalah serasi, sel penderma boleh mengenal tisu penerima ('tuan rumah') sebagai asing, mengakibatkan keradangan yang dipanggil 'penyakit graft-versus-host' (GVHD). Pada 2021 Pusat Penyelidikan Pemindahan Darah dan Sumsum Antarabangsa (CIBMTR) melaporkan penyakit berulang sebagai akibat kematian yang paling utama (50%) diikuti dengan kematian yang disebabkan oleh akibat selain daripada penyakit asas.  GVHD ialah faktor penting yang menyumbangkan kepada komplikasi yang mengakibatkan penurunan kualiti hidup dan kematian dalam kalangan pesakit ini selepas SCT alogenik. 

Apakah globulin anti-timosit?

Sel imun hos boleh disingkirkan dengan penambahan antibodi yang ditujukan kepada mereka, seperti dengan globulin anti-timosit (ATG). 

Mengapakah kami melakukan ulasan ini?

ATG telah digunakan selama beberapa dekad untuk mengurangkan kejadian dan keparahan GVHD, tetapi keberkesanan cara rawatan ini masih menjadikan isu pertikaian. 
Matlamat ulasan sistematik ini adalah untuk mengemas kini ulasan terdahulu kami dan menganalisis kelebihan dan kekurangan penggunaan ATG untuk profilaksis GVHD dalam SCT alogenik. Kami berhasrat untuk mengenal pasti peranan modality rawatan dalam keadaan ini.

Apa yang telah kami lakukan?

Kami telah mencari kajian rawak terkawal yang membandingkan ATG dengan plasebo yang menganalisis keputusan berikut: Kemandirian keseluruhan, kejadian dan keparahan GVHD akut dan kronik, kejadian yang berulang, kematian tidak berulang, kegagalan pemindahan, kesan sampingan, jangkitan dan kualiti hidup.
Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan-keputusan kajian dan menilai keyakinan kami terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Bukti tersebut telah dikemas kini pada 18 November 2022.

Apakah yang telah kami temui?

Sepuluh kajian rawak terkawal yang terdiri daripada 1413 pesakit telah dikenal pasti untuk ulasan ini.
Kajian telah dijalankan di tempat yang berbeza di dunia dengan 263 pesakit dalam kajian terbesar dan 43 dalam kajian terkecil. Empat kajian dengan sejumlah 465 pesakit telah dijalankan di Eropah manakala sejumlah 450 pesakit telah diambil dalam dua kajian yang dijalankan di Amerika Utara, Australia dan Kanada. 498 pesakit Cina telah dikaji dalam empat kajian, antaranya tiga berada di pusat tunggal dan kajian keempat mempunyai 23 pusat pengambilan di seluruh China.

Apakah keputusan kami?

Analisis kami menunjukkan bahawa penggunaan profilaksis ATG mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kelangsungan hidup keseluruhan pesakit yang menerima SCT alogenik. 

Profilaksis ATG menyebabkan penurunan kejadian dan keparahan GvHD akut dan kronik.  
Risiko penyakit berulang selepas pemindahan mungkin meningkat sedikit, walaupun profilaksis ATG mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas peluang untuk mati akibat sebab yang lain daripada penyakit yang mendasari.
Kegagalan pemindahan mungkin tidak terjejas oleh intervensi. 
Kesan ATG pada kejadian buruk selepas SCT dilaporkan secara deskriptif. 

Apakah batasan bukti?

Kami mempunyai keyakinan sederhana dalam penemuan kami bahawa ATG mempunyai sedikit atau tiada kesan terhadap kelangsungan hidup keseluruhan. Kami mempunyai keyakinan tinggi dalam penemuan kami bahawa ATG mengurangkan GVHD akut dan kronik. Kami mempunyai keyakinan sederhana dalam penemuan kami bahawa ATG mungkin meningkatkan sedikit kejadian berulang dan mungkin tidak menjejaskan kematian tidak berulang. Penambahan ATG boleh mengakibatkan tiada peningkatan dalam kegagalan pemindahan, tetapi keyakinan kami terhadap penemuan ini adalah rendah. Semua batasan yang disebutkan di atas dalam kepastian bukti adalah disebabkan oleh ketidaktepatan yang serius atau sangat serius.

Kami mempunyai keyakinan sederhana dalam analisis kami tentang kejadian buruk, walaupun kami melaporkan dalam cara naratif, disebabkan oleh heterogenitas dalam keputusan yang dilaporkan.

Nota terjemahan: 

S hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Lai Pei Kuan (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information