Aromaterapi untuk pengurusan sakit semasa bersalin

Aromaterapi menggunaan kuasa penyembuhan daripada tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan minyak pati untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental. Minyak boleh diurut pada kulit, dalam mandian atau disedut menggunakan infusi wap atau pembakar. Sakit bersalin boleh menjadi sengit dengan ketegangan, kebimbangan dan keresahan yang menjadikannya lebih teruk. Ramai wanita ingin bersalin tanpa menggunakan ubat-ubatan, atau kaedah-kaedah yang invasif seperti epidural, dan memilih terapi komplementari untuk membantu mengurangkan persepsi sakit mereka. Terapi komplementari diguna dan ianya merangkumi akupunktur, teknik-teknik minda-badan, urut, refleksologi, ubat-ubatan herba atau homeopati, hipnosis, muzik dan aromaterapi. Ulasan ini mengenal pasti dua kajian rawak terkawal aromaterapi. Satu kajian yang melibatkan 513 orang wanita membandingkan penggunaan kamomil Rom, 'clary sage', setanggi, pati minyak lavender atau mandarin dengan penjagaan standard. Aromaterapi digunakan pada titik 'acupressure', tirus, mampatan, rendaman kaki, urut atau kolam kelahiran. Kajiann kedua melibatkan 22 orang wanita yang dirawak untuk mandi selama sekurang-kurangnya satu jam di dalam air dengan pati minyak halia atau yang ditambah dengan serai. Semua wanita menerima penjagaan rutin dan mempunyai akses untuk melegakan sakit. Kajian-kajian tersebut mendapati tiada perbezaan di antara kumpulan untuk intensiti sakit, kelahiran vagina yang dibantu, pembedahan caesarean atau penggunaan penahan sakit secara farmakologi (epidural). Keseluruhannya, tiada bukti cukup dari kajian rawak terkawal mengenai manfaat aromaterapi terhadap pengurusan sakit semasa bersalin. Lebih banyak penyelidikan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi hazlinakck@usm.my

Tools
Information