Isunya
Glioma gred rendah (LGG) adalah tumor otak yang kebanyakannya menjejaskan orang dewasa muda. Mereka tumbuh pada kadar yang lebih perlahan dan biasanya dikaitkan dengan prognosis yang baik berbanding dengan glioma gred tinggi. Salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh orang dengan LGG adalah sawan. Walaupun tiada garis panduan yang muktamad mengenai pengurusan LGG, kebanyakan orang dengan LGG dirawat dengan gabungan pembedahan yang diikuti oleh radioterapi. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada menggunakan radioterapi dalam tempoh awal selepas pembedahan, atau kelewatan sehingga penyakit itu berkembang.
Matlamat ulasan:
Kami bertujuan untuk membandingkan tempoh masa radioterapi dari awal (tempoh selepas pembedahan) atau sama ada ia perlu ditangguhkan sehingga penyakit itu (tumor) berlaku semula.
Apakah penemuan-penemuan utama?
Dari carian sastera pada bulan September 2014, kami merangkumi satu kajian rawak terkawal yang melibatkan 311 peserta, yang melihat pada radioterapi yang diberikan masa perkembangan penyakit awal atau yang lewat pada orang dengan LGG. Kajian ini direka dengan baik dan melaporkan data berguna mengenai kelangsungan hidup, tetapi tidak termasuk lain-lain maklumat penting klinikal, seperti kelangsungan hidup bebas berfungsi (berfungsi, atau kecacatan neurologi, atau kedua-duanya) dan kualiti hidup. Oleh itu, kami merasakan bahawa kualiti kajian itu adalah tidak jelas. Mereka yang menerima radioterapi lebih awal (tidak lama selepas pembedahan) mempunyai masa yang lebih lama sehingga penyakit mereka berkembang daripada orang yang hanya mempunyai radioterapi sebaik sahaja penyakit itu telah berkembang. Walau bagaimanapun, orang yang pada mulanya diperhatikan mempunyai kelangsungan hidup yang sama pada orang yang mempunyai radioterapi yang awal. Ukuran kualiti hidup seperti ingatan, fungsi eksekutif, dan perbezaan kemerosotan kognitif tidak dinilai dalam mana-mana kumpulan. Penemuan ini tidak mencadangkan bahawa orang yang menerima radioterapi awal hidup lebih lama daripada radioterapi yang ditangguhkan. Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai radioterapi awal mempunyai kawalan yang lebih baik ke atas sawan mereka daripada mereka yang radioterapi tertangguh. Kesan toksik radioterapi telah dinilai sebagai minimal dalam kedua-dua kumpulan yang menggunakan sistem penggredan yang diukur dengan keterukan dan termasuk tindak balas kulit, keradangan telinga, sakit kepala yang ringan, loya, dan muntah.
Carian kemas kini dalam November 2019 tidak menemui artikel baru yang memenuhi kriteria kemasukan. Tidak ada artikel yang dianggap layak untuk disertakan dalam kemas kini ulasan ini.
Apakah kesimpulannya?
Berdasarkan bukti semasa, keputusan perlu ditafsirkan dengan berhati-hati. Tidak jelas sama ada atau tidak radioterapi awal adalah lebih baik daripada radioterapi tertunda kerana kelangsungan hidup adalah sama dalam kedua-dua kumpulan. Orang yang mempunyai radioterapi awal mengalami tempoh remisi tumor yang lebih lama berbanding dengan pesakit yang radioterapi tertangguh. Walau bagaimanapun, tidak jelas jika orang ini mengalami peningkatan kadar kerosakan kognitif, disfungsi neuroendokrin, atau nekrosis radiasi berbanding dengan orang yang radioterapi telah ditangguhkan. Kesan toksik radiasi adalah minimal dalam kedua-dua kumpulan dan tidak ada kes malignanan kedua.
Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my