Intervensi pembedahan berbanding dengan konservatif untuk merawat tulang selangka dalam kalangan orang muda dan dewasa.

Ringkasan ini membentangkan apa yang kami tahu daripada penyelidikan tentang kesan pembedahan berbanding dengan rawatan tanpa pembedahan (konservatif), seperti memakai anduh atau pembalut bentuk angka lapan untuk dua sehingga enam minggu untuk merawat tulang selangka yang patah.

Latar belakang

Tulang selangka, atau clavicle, berfungsi sebagai jambatan merentasi depan dada untuk menyambungkan tangan dan tulang rusuk. Ia membantu untuk menstabilkan bahu sementara membenarkan tangan untuk bergerak bebas, dan membekalkan tempat untuk pelekatan otot, juga berfungsi sebagai sebahagian alat muskuloskeletal yang digunakan untuk bernafas. Tulang selangka turut melindungi saraf dan saluran darah dan memainkain peranan estetik penting dalam panampilan fizikal seseorang. Bahagian tulang selangka yang paling biasa patah adalah pada pertengahan ketiga tulang tersebut, Kecederaan tersebut biasa berlaku dalam orang muda dan orang dewasa yang lebih berumur. Ia biasanya berlaku akibat jatuh secara langsung melibatkan bahu. Kebanyakan patah pertengahan ketiga tulang selangka dirawat secara konservatif (tanpa pembedahan). Namun, hasil boleh tidak memuaskan untuk patah tulang yang lebih serius. Rawatan pembedahan termasuk mengembalikan tulang kepada tempat asal dan, lazimnya, melakukan penetapan dalaman dengan menggunakan plat dan skru atau rod logam, yang dimasukkan ke dalam kaviti dalaman (medulla) tulang selangka.

Keputusan carian

Kami mencari pangkalan data perubatan sehingga Disember 2017 dan menyertakan 14 kajian dengan 1469 peserta dengan patah pertengahan ketiga tulang selangka yang berlari tempat atau bengkok. Semua peserta adalah orang dewasa, dari umur 17 sehingga 70 tahun, dan bilangan lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan. Sepuluh kajian membandingkan kaedah plat dengan intervensi konservatif (anduh dan/atau pembalut bentuk angka lapan), dan empat kajian membandingkan kaedah intramedullari dengan memakai sama ada anduh atau pembalut bentuk angka lapan.

Keputusan-keputusan utama

Ulasan menunjukkan bahawa pembedahan berbanding dengan rawatan konservatif mungkin tidak menambahbaikkan fungsi bahagian atas anggota badan, kesakitan dan kualiti hidup selepas satu tahun. Namun, pembedahan boleh mengurangkan risiko kegagalan pembedahan di mana pembedahan sekunder diperlukan untuk kepatahan tulang yang tidak sembuh atau sembuh dengan tidak betul. Kami tidak pasti sama ada pembedahan memberikan keputusan kosmetik yang lebih bagus secara keseuruhan. Walaupun pembedahan mengurangkan kecacatan bahu, ia bole menyebabkan luka hodoh dan kerja logam menonjol. Kami juga tidak pasti jika perbezaan wujud antara pembedahan dan rawatan konservatif dalam risiko mendapatkan komplikasi. Namun kesan komplikasi tersebut selalu berbeza mengikut rawatan, Komplikasi pembedahan, seperti jangkitan luka dan pembukaan, atau kejengkelan perkakasan yang memerlukan pembedahan tambahan, patut diseimbangkan dengan komplikasi yang lebih cenderung berlaku dengan anduh, seperti kekakuan bahu dan kegagalan tulang patah untuk sembuh dengan elok.

Kualiti bukti

Kesemua 14 kajian mempunyai kelemahan yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan keputusannya. Kami menganggap bahawa bukti untuk semua hasil adalah sama ada berkualiti rendah atau sangat rendah.

Kesimpulan

Bukti berkualti rendah menunjukkan bahawa pembedahan mungkin tidak mampu membawa manfaat berbanding rawatan konservatif, atau membawa lebih banyak komplikasi. Namun, kami tidak pasti tentang kesan-kesan tersebut dan kajian selanjutnya mungkin mampu mengubah kesimpulan tersebut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information