Simpatektomi lumbar berbanding prostanoid untuk iskemia anggota kritikal akibat penyakit arteri periferi yang tidak boleh dibina semula

Latar belakang

Orang dengan penyakit arteri periferi (PAD) mempunyai arteri sempit yang bermakna ia sukar untuk mendapatkan darah yang cukup ke ekstrimiti badan, terutama kaki. Kekurangan aliran darah (iskemia) dalam tempoh yang panjang boleh menyakitkan. Kesakitan biasanya menjadi jelas apabila seseorang telah berjalan jarak tertentu (klaudikasi sekejap-sekejap), tetapi apabila penyakit tersebut progres kekurangan aliran darah bertambah buruk dan orang mungkin mengalami kesakitan yang amat semasa rehat (iskemia anggota kritikal (CLI)). Secara am, jika saluran darah seseorang berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan orang itu tidak mengalami penyakit lain yang boleh merumitkan anestesia umum, pembedahan pembaikan arteri boleh dipertimbangkan dan boleh membantu mengurangkan kesakitan iskemia. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah orang pembaikan tidak dinasihatkan atau berkemungkinan, dan pilihan kelegaan sakitn adalah terhad. Simpatektomi lumbar, yang boleh dilakukan dengan prosedur pembedahan atau suntikan agen kimia, dan penggunaan prostaglandin intravena (lipid yang membantu pemulihan di tapak kerosakan tisu atau jangkitan yang disuntik ke dalam vena melalui jarum suntikan atau kateter), boleh membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan sakit. Kedua-duanya telah ditunjukkan dapat membantu mengurangkan sakit dalam kalangan orang yang tidak dapat menjalani pembedahan pembaikan. Adalah tidak jelas pada masa ini teknik manakah lebih baik untuk pengurangan sakit, penyembuhan ulser, pengurangan amputasi atau hasil lain yang penting kepada orang dengan CLI.

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Untuk ulasan ini, kami hanya mengenalpasti satu kajian yang memenuhi kriteria serta (terkini sehingga 29 Mac 2017). Kajian ini merawak 200 peserta (162 yang dimasukkan dalam analisis) dan membandingkan simpatektomi lumbar dengan prostaglandin, iloprost, dalam kalnagan orang dengan penyakit Buerger, satu bentuk PAD, dan mengikuti peserta selama 24 minggu. Kajian ini mendapati bukti peningkatan penyembuhan ulser yang lengkap tanpa sakit pada masa rehat atau amputasi major dalam kalangan peserta yang menerima prostaglandin intravena berbanding mereka yang menerima pembedahan simpatektomi lumbar. Walau bagaimanapun, mereka yang menerima prostaglandin lebih cenderung untuk melaporkan kejadian buruk seperti sakit kepala, ‘flushing’, loya dan perut tidak selesa. Tiada laporan kematian dalam mana-mana kumpulan rawatan. Kajian tunggal yang disertakan tidak melaporkan hasil terancang lain untuk ulasan ini seperti jarak berjalan dan kualiti hidup atau status fungsi. Kajian tunggal tersebut terhad kepada bentuk khusus PAD yang dikenali sebagai penyakit Buerger, dan untuk pembedahan simpatektomi lumbar, menjadikannya sukar untuk mengambil kesimpulan penemuan kepada semua jenis PAD dan semua kaedah simpatektomi lumbar.

Kualiti bukti

Secara keseluruhan, kajian ini mempunyai sedikit bias akibat reka bentuk. Pembutaan peserta dan mereka yang memberi rawatan adalah mustahil, tetapi tiada penjelasan tentang orang yang menilai hasilnya, yang mana berkemungkinan. Oleh kerana itu, kami menilai hasil yang subjektif (ukuran-ukuran yang boleh dipengaruhi atau berdasarkan kepercayaan atau perasaan peribadi), seperti melegakan sakit semasa rehat sebagai berisiko bias yang tidak jelas, tetapi hasil-hasil yang mempunyai ukuran objektif (ukuran yang tidak dipengaruhi atau berdasarkan kepercayaan atau perasaan peribadi) seperti penyembuhan ulser, amputasi dan mortaliti sebagai berisiko bias rendah. Selain itu, terdapat sejumlah besar peserta yang tidak termasuk dalam analisis (38 daripada 200, 19%), dalam kedua-dua kumpulan, dengan alasan yang tidak mencukupi seperti kenapa, oleh itu kami menilai bias disebabkan data hasil yang tidak lengkap sebagai tidak jelas. Oleh itu, kualiti bukti adalah rendah untuk hasil yang dinilai kerana bilangan peserta yang terlibat adalah rendah dan hanya satu kajian yang melaporkan bukti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information