Tujuan ulasan
Ulasan ini melihat samada haloperidol berkesan atau tidak untuk merawat orang yang gelisah dan agresif disebabkan mempunyai psikosis.
Latar belakang
Pengidap psikosis mungkin mengalami pendengaran suara (halusinasi) atau pemikiran tidak normal (khayalan), yang boleh menyebabkab mereka berada dalam ketakutan, tertekan dan gelisah (resah, mudah teruja atau cepat marah), menyebabkan kadang-kala tingkah laku agresif. Ini menimbulkan satu cabaran penting untuk profesional kesihatan mental, yang perlu segera memilih rawatan terbaik yang ada dalam pasaran untuk mencegah risiko kemudaratan kepada kedua belah pihak samada pesakit /atau orang lain.
Haloperidol adalah ubat yang digunakan untuk merawat penghidap psikosis yang boleh di telan atau disuntik. Bertindak sebagai antipsikotik (menghalang psikosis), ia juga boleh menenangkan atau membantu pengidap untuk tidur.
Carian
Pada 2011 dan 2016, pakar maklumat berkaitan skizofrenia Cochrane mencari mereka yang mendaftar khusus untuk ujikaji rawak yang melihat kesan memberi haloperidol berbanding dengan plasebo atau rawatan lain untuk orang yang agresif atau gelisah kerana mereka telah mengalami psikosis.
Keputusan
Empat puluh satu ujikaji yang kini dimasukkan dalam ulasan tetapi maklumat tersebut adalah berkualiti rendah. Keputusan utama menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan plasebo atau tanpa rawatan, lebih ramai orang yang menerima haloperidol tidur selepas dua jam. Namun, bukti ini tidak kuat. Keputusan dibuat lebih kompleks dengan pelbagai jenis rawatan disediakan (24 perbandingan).
Kesimpulan
Penulis telah membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang lemah bagi haloperidol dalam menenangkan dan membantu menguruskan situasi sukar. Tetapi, ini tidak berdasarkan bukti yang berkualiti baik. Oleh itu profesional kesihatan dan orang yang mempunyai masalah kesihatan mental dibiarkan tanpa panduan jelas berdasarkan bukti yang kukuh. Dalam sesetengah keadaan, haloperidol mungkin hanya satu-satunya pilihan, tetapi ini adalah jauh dari yang unggul kerana walaupun haloperidol berkesan menenangkan orang turun ia mempunyai kesan sampingan (cth: kegelisahan, gegaran di kepala, tangan dan badan, masalah jantung). Kesan sampingan ini seumpama tekanan akibat psikosis dan boleh menghalang pengidap untuk berhenti menerima kembali rawatan dimasa akan datang. Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk membantu orang ramai mempertimbangkan dan memahami ubat-ubatan yang mana adalah lebih baik dalam menenangkan pengidap; mempunyai sedikit kesan sampingan; bekerja dengan cepat dan dengan pantas; dan boleh digunakan pada dos yang lebih rendah (atau kurang kekerapan suntikan).
Ringkasan ini berdasarkan ringkasan yang ditulis oleh pengguna Ben Gray dari Rethink.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.