Makanan tambahan dengan zink untuk merawat 'thalassaemia' dan penyakit 'sickle cell'.

Zink adalah mikronutren yang mustahak, yang diperlukan supaya sistem pertahanan badan (sistem imun) dapat berfungsi dengan baik dan membantu badan mencegah jangkitan. Setengah orang mungkin tidak dapat zink yang mencukupi dari makanan semata-mata. Oleh itu, para pengkaji melihat kepada penggunaan makanan tambahan zink sebagai cara untuk mengurangkan anemia dan mencegah jangkitan serta komplikasi. Penulis-penulis ulasan ini mencari kesusasteraan perubatan untuk kajian terkawal rawak dimana orang yang mempunyai penyakit 'sickle cell' atau 'thalassemia' menerima makanan tambahan zink atau tidak. Kami memasukkan sembilan kajian di dalam ulasan ini (459 peserta). Bagi penghidap 'thalassaemia', tiada bukti menandakan manfaat makanan tambahan zink ke atas paras zink dalam darah. Bagaimanapun, terdapat peningkatan ketinggian bagi orang yang menerima makanan tambahan. Terdapat bukti yang bercampuran tentang manfaat menggunakan makanan tambahan zink bagi orang dengan penyakit 'sickle cell'. Sebagai contoh, terdapat bukti bahawa makanan tambahan yang diberikan untuk satu tahun meningkatkan tahap serum zink; walau bagaimanapun, tahap hemoglobin dan indeks jisim badan tidak berbeza dengan ketara antara kumpulan. Kami juga mendapati penghidap penyakit 'sickel cell' yang menerima makanan tambahan zink (pada 3 bulan serta setahun) mendapat kurang krisis 'sickle cell' dan jangkitan. Bagaimanapun, memandangkan jumlah kajian adalah kecil, keputusan ini harus dilayan dengan berhati-hati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information