Ubat berasaskan kanabis untuk loya dan muntah dalam kalangan orang yang dirawat dengan kemoterapi untuk kanser

Latar belakang
Sebanyak tiga perempat daripada orang yang menerima kemoterapi mengalami loya (rasa sakit) dan muntah (sakit), yang mana ramai merasakan tidak senang dengannya. Walaupun ubat anti-penyakit konvensional berkesan, ia tidak berkesan untuk semua orang, sepanjang masa. Ubat terapeutik berasaskan bahan aktif kanabis, yang dikenali sebagai THC (delta-9-tetrahydrocannabinol), telah diluluskan untuk digunakan sebagai ubat anti-loya di sesetengah negara.

Soalan ulasan
Ulasan ini menilai keberkesanan ubat berasaskan kanabis untuk merawat loya dan muntah akibat rawatan kemoterapi dalam kalangan orang yang menghidap kanser, dan apakah kesan sampingannya.

Penemuan utama
Ulasan ini daripada 23 kajian terkawal rawak (kajian klinikal di mana orang ramai dimasukkan ke dalam satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan secara rawak) mendapati bahawa lebih sedikit orang yang menerima ubat berasaskan kanabis mengalami loya dan muntah berbanding orang yang menerima plasebo (ubat pura-pura). Peratusan orang yang mengalami loya dan muntah yang menerima ubat berasaskan kanabis adalah serupa dengan ubat anti loya konvensional. Walau bagaimanapun, lebih ramai orang mengalami kesan sampingan seperti 'rasa khayal', pening, sedasi (rasa santai atau mengantuk) dan dysphoria (rasa tidak senang atau tidak puas hati) dan meninggalkan kajian kerana kesan sampingan dengan ubat berasaskan kanabis, berbanding dengan plasebo. atau ubat anti-loya yang lain. Dalam kajian-kajian di mana orang ramai menerima ubat berasaskan kanabis dan ubat konvensional secara bergilir-gilir, secara keseluruhan orang lebih suka ubat berasaskan kanabis.

Kualiti bukti
Kajian-kajian ini secara amnya berkualiti rendah hingga sederhana dan mencerminkan rawatan kemoterapi dan ubat-ubatan anti-penyakit yang wujud pada tahun 1980-an dan 1990-an. Selain itu, hasil daripada gabungan kajian secara keseluruhan adalah berkualiti rendah. Ini bermakna kami tidak begitu yakin dengan keupayaan kami untuk menyatakan keberkesanan ubat-ubatan anti-penyakit, dan penyelidikan lanjut yang mencerminkan pendekatan rawatan moden berkemungkinan besar akan memberi kesan penting terhadap keputusan.

Ubat berasaskan kanabis mungkin berguna untuk merawat loya dan muntah akibat kemoterapi yang bertindak balas dengan buruk kepada ubat anti-penyakit yang biasa digunakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Cheryl Chan Zhi Ying (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information