Antibiotik yang manakah terbaik untuk merawat simptom teruk dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai cystic fibrosis dengan jangkitan paru-paru yang berterusan?

Soalan ulasan

Kami mencari bukti yang menunjukkan antibiotik yang terbaik untuk merawat simptom yang melarat dalam kalangan pesakit cystic fibrosis dengan jangkitan paru-paru Burkholderia cepacia yang berterusan.

Latar belakang

Cystic fibrosis adalah kondisi yang selalunya diwarisi dimana paru-paru kerap dipenuhi dengan mukus. Ini menyebabkan kerosakan kepada sistem pertahanan paru-paru dan selalunya menyebabkan jangkitan yang kronik dan berterusan yang tidak boleh dimusnahkan melalui antibiotik. Orang yang mempunyai fibrosis cystic sering memerlukan kursus antibiotik untuk mengurangkan gejala mereka (seperti contohnya batuk, mukus berlebihan dan sesak nafas) apabila suar ini muncul atau bertambah teruk. Episod seperti ini dipanggil eksaserbasi (bertambah teruk), dan biasanya dirawat dengan intravenus antibiotik (diberikan melalui titisan ke dalam vena). Satu kumpulan bakteria yang boleh menjangkiti paru-paru orang dengan cystic fibrosis dipanggil Burkholderia cepacia kompleks. Bakteria yang berkait rapat ini ditemui secara meluas di persekitaran dan tidak menyebabkan jangkitan pada orang yang sihat yang tidak mempunyai fibrosis cystic. Mereka khususnya sangat sukar untuk dirawat kerana ia mempunya resistansi (atau ketahanan) kepada kebanyakan antibiotik yang biasa digunakan. Pada masa ini doktor tidak tahu antibiotik yang manakah terbaik untuk merawat jangkitan ini; kombinasi antibiotik yang mana perlu digunakan; berapa lama antibiotik harus digunakan untuk; atau sama ada terdapat rawatan tambahan yang juga boleh membantu. Ini adalah kemas kini ulasan bagi terbitan sebelum ini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 29 Mei 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak menemui apa-apa percubaan dalam orang dengan eksaserbasi cystic fibrosis yang telah dijangkiti dengan Burkholderia cepacia kompleks, di mana mereka diberi rawatan yang berbeza secara rawak.

Keputusan utama

Lebih banyak kajian yang diperlukan untuk mengetahui rawatan yang terbaik untuk meningkatkan fungsi paru-paru dan kesembuhan dan untuk mengurangkan kesan sampingan dan tempoh masa yang dihabiskan di hospital untuk orang yang dijangkiti dengan Burkholderia cepacia bakteria kompleks yang mengalami eksaserbasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faizul Fitri Mat Nazri (RCSI UCD Malaysia Campus, Penang). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information