Instilasi glu fibrin di bawah flap kulit untuk mencegah morbiditi yang berkait dengan seroma selepas pembedahan payudara dan aksila

Insiden lebih tinggi seroma postoperatif (pengumpulan cecair di bawah kulit) dalam kalangan orang yang menjalani pembedahan payudara dan aksila (bawah lengan) untuk kanser payudara memanjangkan tempoh tinggal di hospital, prosedur aspirasi berulang yang kerap, meningkatkan kos penyakit payudara, kelewatan penyediaan rawatan penunjang dan seterusnya berpotensi mengurangkan survival semua sebab. Instilasi glu fibrin (FG) di bawah flap kulit selepas pembedahan menghasilkan 'klot fibrin', memengap saluran limfa yang bocor, dan mengurangan pembentukan seroma dan komorbiditi yang berkaitan.

Kami menganalisis secara sistematik terbitan kajian-kajian yang membandingkan kegunaan FG sebagai agen pengapan salur darah kecil. Lapan belas kajian rawak terkawal dalam kalangan 1252 orang didapatkan melalui carian bibliografi pangkalan data perubatan standard. Terdapat perbezaan klinikal dan kaedah yang signifikan antara kajian-kajian yang disertakan. Penggunaan FG setelah pembedahan payudara dan axillary (bawah lengan) tidak mengurangkan kejadian seroma selepas pembedahan, jumlah purata seroma, jangkitan luka, komplikasi selepas pembedahan dan tempoh masa tinggal di hospital. FG mengurangkan jumlah isipadu seroma yang disalirkan dan durasi berterusan yang memerlukan aspirasi kerap.

Ulasan ini tidak menunjukkan manfaat keseluruhan dalam penggunaan FG. Walaupun kesimpulan ini adalah berdasarkan analisis gabungan daripada 18 kajian, majoriti adalah berkualiti rendah akibat kecacatan dalam kaedah-kaedah kajian. Oleh itu, kesimpulan ini harus diambil dengan berhati-hati dan kajian rawak terkawal major, berbilang pusat, dan berkualiti tinggi dalam kalangan orang yang menjalani pembedahan payudara dan aksila untuk kanser payudara diperlukan untuk mengesahkan kesimpulan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information