Ubat-ubatan herba Cina untuk hipertrigliseridemia

Hipertrigliseridemia adalah satu keadaan yang dicirikan dengan tahap darah trigliserida yang tinggi, di mana trigliserida merupakan salah satu komponen lipid darah. Hipertrigliseridemia boleh dibahagikan kepada primer dan sekunder. Hipertrigliseridemia dikaitkan dengan pelbagai penyakit termasuk aterosklerosis, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Untuk menilai kesan pelbagai campuran herba (termasuk herba tunggal, ubat-ubatan proprietari Cina, dan campuran herba yang berbeza) untuk merawat hipertrigliseridemia, kami telah meneliti semua kajian rambang terkawal yang berkaitan dengan ubat-ubatan herba Cina. Kami telah mengenalpasti tiga kajian yang berlangsung selama empat hingga enam minggu melibatkan 170 peserta yang mengidap hipertrigliseridemia. Tiada data mengenai kematian akibat sebarang punca, kejadian kardiovaskular atau serebrovaskular (seperti serangan jantung atau strok), kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan, atau kos.

Kami mendapati bahawa ubat-ubatan herba Cina digunakan secara bersendirian atau dalam kombinasi dengan ubat yang merendahkan lipid atau perubahan 'gaya hidup' mungkin mempunyai kesan positif dalam mengurangkan tahap darah trigliserida. Tiada perbezaan dalam kesan negatif dan tiada kejadian buruk yang serius diperhatikan.

Berdasarkan bukti terkini, tidak ada kesimpulan yang jelas adalah mungkin terutamanya kerana risiko yang jelas adalah berat sebelah dalam kajian yang terlibat dan kekurangan laporan pesakit tentang hasil jangka panjang yang penting.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information