Latarbelakang:Garispanduan pengurusan asma mengesyorkan sedutan kortikosteroid dalam yang dos rendah (ICS) sebagai terapi yang lebih sesuai untuk kanak-kanak pengidap asma tahap 2 (gejala asma seperti batuk, sukar bernafas berlaku setiap minggu dan pengambilan inhaler pelega lebih daripada 2 kali seminggu) . Kanak-kanak yang asmanya tidak dapat dikawal dengan cukup menggunakan ICS dos rendah, ubat anti-leukotriene boleh ditambah. Anti-leukotriene dikelaskan sebagai ubat anti-keradangan untuk asma. Lebih kurang sedekad yang lalu, Cochrane review (Ducharme 2004) menilai penambahan anti-leukotriene kepada ICS dikalangan pengidap asma kanak-kanak dan dewasa. Hanya dua kajian dijalankan pada kanak-kanak, satu darinya telah diterbitkan sebagai abstrak tetapi tidak mempunyai informasi yang mencukupi untuk digunakan sebagai data. Mengambil kira penerbitan beberapa kajian tambahan dalam dekad yang lalu, kami berharap untuk mengemaskini ulasan dengan literatur yang terkini.
Soalan ulasan:Untuk membandingkan keberkesanan dan keselamatan tambahan agen anti-leukotriene kepada ICS dengan penggunaan ICS dos yang sama sahaja, dos ICS yang ditambah,atau dos ICS yang dikurangkan dikalangan kanak-kanak pengidap asma kronik yang tidak dikawal dengan baik yang berumur satu hingga 18 tahun.
Ciri-ciri kajian:Bukti telah dikemaskini sehingga Januari 2013. Kami menemui lima kajian kanak-kanak pengidap asma; darinya, empat kajian, mewakili 559 kanak-kanak (berumur enam hingga 18 tahun) yang mempunyai asma yang ringan hingga sederhana, telah menyumbang data kepada ulasan ini. Tiada kajian melibatkan kanak-kanak pra-sekolah (iaitu berumur di bawah enam tahun). Tiga kajian membandingkan kombinasi anti-leukotriene dan ICS dengan penggunaan ICS sahaja dengan dos yang sama ; satu kajian membandingkan kombinasi anti-leukotriene dan ICS dengan dos ICS yang lebih tinggi; dan tiada kajian menguji samada penambahan anti-leukotriene kepada ICS memungkinkan penurunan dos ICS dengan pengekalan kawalan asma. Kesemua kajian menggunakan montelukast sebagai agen anti-leukotriene, yang diambil selama empat hingga 16 minggu. Kajian yang dimasukkan melibatkan kanak kanak perempuan dan lelaki dan antara 65% dan 69% adalah lelaki. Kesemua kajian melibatkan kanak-kanak yang mempunyai halangan paru-paru tahap ringan ke sederhana.
Keputusan:Samada membandingkan penambahan anti-leukotriene kepada ICS dengan dos yang sama atau dos ICS yang lebih tinggi, tiada perbezaan dalam bilangan peserta yang mengalami satu atau lebih keterukan yang sederhana (iaitu, memerlukan kortikosteroid oral) atau keterukan yang melampau (iaitu memerlukan kemasukan ke hospital). Satu kajian yang membandingkan dos ICS yang sama melaporkan ujian fungsi paru-paru yang menunjukkan tiada perbezaan atau perbezaan yang kecil bergantung kepada ujian yang digunakan.
KesimpulanTiada bukti yang kukuh untuk menyokong penambahan montelukast kepada ICS adalah selamat dan berkesan untuk mengurangkan kejadian serangan asma yang sederhana atau melampau dalam kanak-kanak yang mengambil ICS dos rendah dan punyai simtom tidak terkawal. Selepas berada dalam pasaran selama lebih 10 tahun, hanya terdapat kajian kecil yang menguji kesan anti-leukotriene dikalangan kanak-kanak, ketiadaan data di kalangan kanak kanak pra-sekolah, dan ketidakselarasan kajian sedia ada dalam laporan keberkesanan dan keselamatan hasil kajian klinikal adalah mengecewakan dan menghadkan kesimpulan.
Kualiti keputusanUlasan ini berdasarkan atas sebilangan kecil kajian yang dikenalpasti yang dijalankan dalam kanak-kanak yang mempunyai asma; tidak ada yang dijalankan dalam kalangan pra-sekolah. Sebagai satu kajian berjangka sederhana yang telah melaporkan kesemua langkah keberkesanan dan hampir kesemua langkah keselamatan, keyakinan kami terhadap kualiti buktinya adalah rendah. Langkah-langkah kawalan asma lain yang penting samada tidak diukur ataupun dilapor dalam format yang berbeza, menyebabkan maklumat tersebut tidak dapat dikumpulkan. Dalam kata yang lain, terlalu sedikit kajian terhadap pesakit pediatrik dan kajian ini tidak berupaya untuk memutuskan dengan kukuh rawatan yang mana adalah lebih berkesan.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S.Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my