Teknik pernafasan saliran autogenik untuk membantu orang dengan fibrosis sista membersihkan lendir dari saluran udara mereka

Latar belakang

Fibrosis sista mempengaruhi paru-paru dengan menghasilkan lendir tebal pada lapisan saluran udara. Ini boleh mengakibatkn jangkitan dan keradangan yang menyebabkan kerosakan paru-paru. Fisioterapi boleh membantu menjaga kebersihan saluran pernafasan daripada lendir dan terdapat banyak kaedah yang diguna untuk tujuan ini, termasuk teknik pernafasan, teknik manual dan peranti mekanikal. Saliran autogenik adalah teknik pernafasan yang sangat terkawal yang menggunakan kedalaman hembusan yang berbeza dan kelajuan hembusan nafas untuk memindahkan lendir keluar dari saluran pernafasan yang mengakibatkan batuk spontan atau voluntari. Ia boleh digunakan tanpa bantuan, tetapi memerlukan latihan, tumpuan dan usaha. Kami melihat kesan menggunakan saliran autogenik ke atas ukuran fungsi paru-paru dan kualiti hidup dalam kalangan orang dengan fibrosis sista, untuk mengetahui sama ada menggunakan saliran autogenik adalah lebih baik atau lebih teruk daripada teknik fisioterapi sedia ada yang lain untuk membersihkan paru-paru.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 06 Julai 2021.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kesusasteraan untuk kajian yang membandingkan sekurang-kurangnya dua sesi saliran autogenik dengan teknik pernafasan dan peranti lain yang membantu membersihkan paru-paru daripada lendir. Kami memasukkan lapan kajian dalam ulasan yang melibatkan 212 orang dengan fibrosis sista, berumur di antara tujuh hingga 63 tahun Orang-orang dipilih secara rawak untuk satu rawatan fisioterapi atau yang lain. Bilangan orang dalam kajian adalah dari 4 hingga 75, dan mempunyai pelbagai tahap keterukan penyakit. Kajian-kajian berlangsung dari jumlah empat hari hingga dua tahun.

Keputusan utama

Kami tidak menemui sebarang bukti jelas bahawa saliran autogenik lebih baik daripada teknik lain untuk fungsi paru-paru atau kualiti hidup sama ada dalam kajian jangka pendek atau jangka panjang. Ini juga benar untuk ukuran hasil-hasil lain seperti kemasukan hospital, rawatan antibiotik tambahan, toleransi senaman dan ketepuan oksigen, tetapi orang dalam satu kajian saliran autogenik lebih suka saliran autogenik berbanding penyaliran posturan dan perkusi. Penulis ulasan ini ingin membandingkan senaman dengan saliran autogenik untuk pembersihan saluran udara, tetapi tidak menemui kajian dengan perbandingan ini, walaupun senaman sering digunakan sebagai alternatif oleh orang yang mengalami fibrosis kistik.

Kepastian terhadap bukti

Keseluruhannya,kepastian bukti dari kajian-kajian dinilai rendah atau sangat rendah. Masalah utama adalah bilangan peserta yang kecil dalam setiap kajian, laporan hasil kajian yang tidak jelas dan reka bentuk kajian yang digunakan. Dalam satu kajian, yang diklasifikasi berisiko tinggi kerana keputusan yang tidak lengkap, mereka yang mengambil bahagian perlu mengubah teknik fisioterapi di pertengahan kajian dan ramai yang menarik diri dan tidak mematuhi lengan rawatan penyaliran postural dan perkusi . Enam daripada lapan kajian tersebut menggunakan kakitangan penyelidik yang tidak tahu teknik mana yang diguna oleh setiap orang untuk menilai keputusan dan ini meningkatkan kualiti bukti dan mengurangkan bias dalam hal ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Maniapl Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information