Adakah hanya mengunakan dekongestan hidung melegakan gejala-gejala sejuk?

Soalan ulasan

Kami ingin mengetahui jika dengan hanya menggunakan dekongestan hidung boleh mengurangkan gejala-gejala hidung tersumbat pada mereka dengan selesema.

Latar belakang

Selsema, walaupun tidak serius, adalah penyakit biasa bertanggungjawab untuk banyak lawatan ke doktor keluarga dan kehilangan dari kerja dan sekolah. Gejala-gejala selsema termasuk hidung berair, sakit tekak dan bersin, dan boleh bertahan sehingga dua minggu. Tiada penawar untuk selsema; rawatan hanya melegakan gejala-gejala. Ramai orang menggunakan over-the-kaunter ubat-ubatan seperti dekongestan hidung untuk merawat gejala-gejala selsema. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit bukti bahawa dekongestan hidung benar-benar berkesan. Kami ingin mengetahui jika dekongestan hidung membantu mengurangkan kesesakan disebabkan oleh selesema.

Kami menganggap kajian yang telah menggunakan decongestan hidung sebagai satu-satunya rawatan untuk selesema. Kita melihat gejala-gejala subjektif kesesakan - ini bermakna bahawa gejala dan kesejahteraan keseluruhan telah dinilai sendiri oleh pesakit.

Tarikh carian

Kami mencari untuk kajian pada Julai 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami melibatkan 15 kajian dengan 1838 peserta; 14 kajian melibkan hanya orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Enam kajian menggunakan satu dos decongestan hidung dan kesan dinilai pada hari ia digunakan. Sembilan kajian mengunakan beberapa dos dan kesan dinilai diantara satu hingga 10 hari selepas pengunaaan pertama. Sebelas kajian menggunakan tablet atau sirap dan empat kajian menggunakan semburan hidung. Lapan kajian telah dijalankan di universiti-universiti, tiga di universiti-universiti dengan kerjasama hospital dan dua di hospital. Tempat kajian adalah tidak jelas dalam dua kajian.

Sumber-sumber pembiayaan kajian

Sembilan kajian telah dibiayai oleh pengilang ubat atau agensi-agensi dengan kepentingan komersial dalam hasil kajian. Sumber dana tidak jelas dalam enam kajian.

Keputusan utama

Kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang dos tunggal dekongestan hidung. Kami mendapati manfaat adalah kecil dalam kelegaan hidung tersumbat dari pelbagai dos, tetapi ia tidak jelas jika ini adalah bermanfaat untuk pesakit. Tiada kajian melaporkan keseluruhan kesejahteraan pesakit. Tiada perbezaan dalam bilangan kesan buruk di antara mereka yang menggunakan decongestan hidung dan mereka yang tidak. Kami tidak dapat menentukan sama ada terdapat kesan perbezaan diantara pil decongestant dan semburan hidung. Keputusan berkaitan dengan orang dewasa; tidak ada bukti mengenai keberkesanan atau keselamatan dekongestan hidung untuk kanak-kanak.

Kualiti bukti

Kami telah menilai kualiti bukti untuk gejala-gejala selsema subjektif adalah rendah untuk kajian pelbagai dos - terdapat beberapa data dan laporan yang tidak jelas. Kami juga telah menilai kualiti bukti untuk kesan buruk adalah rendah kerana laporan tidak jelas dan anggaran tidak tepat (terdapat jarak keyakinan luas - langkah yang tidak menentukan statistik).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information