Rawatan untuk membasmikan 'superbug'Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin dalam paru-paru orang dengan fibrosis sista

Soalan ulasan

Kami mencari bukti tentang kesan pelbagai cara membasmikan Staphylococcus aureus (MRSA) yang tahan meticillin yang dipanggil 'superbug', dari paru-paru orang yang menghidap fibrosis sista.

Latar belakang

MRSA ialah sejenis bakteria yang tahan terhadap beberapa jenis antibiotik (ubat yang membunuh atau menghalang bakteria). Disebabkan MRSA sukar dirawat, ia kadang-kadang dipanggil 'superbug'. Jangkitan dengan MRSA amat membimbangkan untuk orang dengan fibrosis sista, keadaan yang diwarisi antara lain menyebabkan lendir tebal mengumpul di paru-paru. Ia sangat sukar bagi orang dengan fibrosis sista untuk batuk lendir tebal ini, menjadikannya tempat unggul pembiakan bakteria, termasuk MRSA, dan menjadikan orang-orang ini lebih mudah terkena jangkitan dada. Adalah dipercayai bahawa MRSA menyebabkan lebih kerosakan daripada bakteria lain yang tidak tahan terhadap antibiotik. Kami ingin mengenal pasti bukti penyelidikan untuk menyokong kaedah terbaik untuk merawat jangkitan MRSA dan untuk mencari adakah rawatan ini akan meningkatkan kehidupan orang dengan fibrosis sista. Ini adalah kemas kini bagi ulasan yang telah diterbitkan sebelumnya.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 31 Januari 2022.

Keputusan utama

Kami mendapati tiga kajian yang menyertakan 135 orang dengan fibrosis sista dan didiagnosis dengan jangkitan MRSA.

Dua kajian (106 orang) membandingkan rawatan yang diberikan kepada satu kumpulan orang berbanding pemerhatian hanya kumpulan kedua orang. Dalam salah satu kajian ini, orang dalam kumpulan rawatan aktif diberi trimethoprim oral dan sulfamethoxazole digabungkan dengan rifampicin (ketiga-tiganya adalah ubat antibiotik), serta rawatan dekontaminasi tambahan. Dalam kajian kedua, orang dalam kumpulan rawatan aktif diberi dua antibiotik secara oral (co-trimoxazole dan rifampicin) dan satu melalui semburan hidung (mupirocin).

Hasil kajian-kajian ini menunjukkan bahawa pembasmian MRSA dari saluran udara pada orang dengan fibrosis sista adalah mungkin. Dalam kedua-dua kajian, sebahagian besar daripada mereka yang dirawat telah membersihkan MRSA. Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang tidak dirawat juga membersihkan MRSA secara spontan. Juga, enam bulan selepas rawatan, jumlah individu yang masih mempunyai MRSA tidak ada perbezaan dengan mereka yang telah menerima rawatan serta mereka yang tidak. Kami mendapati tiada perbezaan antara kumpulan rawatan dalam kualiti hidup, kekerapan keterukan (iaitu, kemunculan penyakit), kesan rawatan yang tidak diingini atau berbahaya, kolonisasi hidung dengan MRSA, atau dalam perubahan dalam fungsi atau berat paru-paru. Kajian tidak melaporkan tempoh masa sehingga mendapati keputusan MRSA positif seterusnya dalam peserta. Dalam salah satu kajian, lebih kurang orang yang menerima rawatan antibiotik dimasukkan ke hospital dalam 168 hari pertama.

Kajian ketiga membandingkan kumpulan rawatan yang diberi sama ada antibiotik yang disedut atau plasebo yang disedut (bahan tidak aktif). Kedua-dua kumpulan juga diberi antibiotik oral yang sama. Dalam kajian ini, tidak terdapat perbezaan antara kumpulan dalam pembersihan MRSA. Tiada perbezaan antara kumpulan dalam fungsi paru-paru, kualiti hidup, kesan yang tidak diingini atau berbahaya atau kolonisasi hidung dengan MRSA. Kajian tidak melaporkan perubahan berat badan atau kekerapan pemburukan.

Merawat MRSA sejak awal pada orang dengan CF menunjukkan ia mempunyai kemungkinan, tetapi tidak jelas tentang implikasi jangka panjang yang akan berlaku.

Batasan utama bukti

Kami mempunyai sedikit atau tiada keyakinan terhadap bukti yang kami temui untuk hasil yang berbeza. Ini disebabkan oleh isu yang berpotensi dari rekaan kajian di mana orang tahu jenis rawatan yang diterima oleh setiap peserta (kumpulan diberi rawatan atau kumpulan hanya diperhatikan) dan juga kerana hanya sebilangan kecil peserta dalam setiap kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information