Terapi-terapi psikologi bagi ibu-bapa kepada kanak-kanak dan remaja yang menghidapi penyakit fizikal berjangka panjang atau penyakit yang bahaya yang menggugat nyawa

Perkara asas

Kami dapati terapi-terapi psikologi mungkin menambahbaik tingkah-laku keibubapaan bagi ibu-bapa kepada kanak-kanak yang menghidap kanser, kesakitan kronik, diabetis atau kecederaan otak traumatik, dan mungkin menambahbaik kesihatan mental ibu-bapa kepada kanak-kanak penghidap kanser atau kesakitan kronik. Terapi tingkah-laku kognitif (CBT) dan terapi penyelesaian masalah (PST) merupakan jenis terapi yang dilihat mempunyai harapan yang bagus. Kami tidak dapat menjawab persoalan mengenai sama ada terapi-terapi psikologi dapat membantu ibu-bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi keadaan medikal yang lain, atau sama ada terapi jenis lain dapat membantu, kerana tidad data yang cukup. Penemuan-penemuan kami mungkin dipengaruhi oleh perbezaan dalam pengukuran yang digunakan dalam kajian- kajian secara keseluruhan. Kajian-kajian baru mungkin mengubah keputusan ulasan ini, oleh itu penemuan kami seharusnya diterjemahkan dengan berhati-hati.

Latarbelakang

Kami telah mengemaskini penerbitan ulasan kami yang terdahulu mengenai terapi psikologi bagi ibu-bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit fizikal berjangka panjang atau menggugat nyawa untuk merangkumi kajian-kajian yang mempunyai penerbitan sepanjang Julai 2018.

Menjalankan tugas keibubapaan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangka panjang adalah mencabar. Ibu-bapa mungkin mengalami kesukaran mengimbangkan penjagaan ke atas anak mereka dengan keperluan lain dan boleh mengalami penambahan stres, kesedihan, atau konflik keluarga. Anak-anak mereka mungkin mempunyai masalah emosi atau tingkah-laku. Ibu-bapa boleh mempengaruhi adaptasi anak-anak mereka untuk hidup dengan keadaan medikalnya. Terapi-terapi psikologi bagi ibu-bapa memberi latihan di dalam kemahiran untuk memodifikasi emosi atau tingkah laku yang bertujuan untuk menambahbaik kesejahteraan ibu-bapa, anak-anak, dan keluarga.

Kami ingin memahami sama ada terapi-terapi psikologi berguna untuk ibu-bapa kepada kanak-kanak dan remaja (sehingga umur 19) yang menghidapi penyakit berjangka panjang. Kami masukkan kajian-kajian intervensi terutamanya yang berbentuk terapi psikologi dan disampaikan kepada ibu-bapa berbanding dengan rawatan bukan psikologi, rawatan seperti biasa, atau dimasukkan dalam senarai menunggu. Hasil-hasil adalah tingkah laku keibubapaan (contoh tingkah laku melindungi), kesihatan mental ibu-bapa, tingkah laku/ketidak-upayaan anak, kesihatan mental anak, simptom medikal anak, kefungsian keluarga, dan kesan-kesan sampingan.

Keputusan-keputusan utama

Kami menambah 21 kajian baru dalam kemaskini ini dan mengeluarkan 23 kajian yang tidak lagi memenuhi kriteria kami, hasilnya adalah terdapat 44 kajian rawak terkawal (kajian rawak terkawal, di mana peserta ditetapkan secara rawak kepada samada satu rawatan atau rawatan lain atau tanpa rawatan, memberikan bukti paling diyakini) dengan sejumlah 4697 peserta (purata umur anak = 11 tahun) bagi ulasan terkini. Tempoh kajian adalah antara sehari hingga 24 bulan. Kajian melibatkan kanak-kanak yang mempunyai asma (4), kanser (7), kesakitan kronik (kesakitan berulang atau berterusan selama lebih tiga bulan, termasuk dua kajian bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit inflamatori usus (15)), diabetis (15), penyakit kulit (1), dan kecederaan otak traumatik (3); satu kajian memasukkan kanak-kanak dengan ekzema dan kanak-kanak dengan asma. Jenis-jenis terapi termasuk CBT (21), terapi keluarga (4), temuduga berbentuk motivasi (3), terapi multisistemik (4), dan PST (12). Sumber-sumber pembiayaan termasuk kerajaan persekutuan dan tempatan, hospital, universiti, dan yayasan.

Kami dapati tingkah laku keibu-bapaan bertambah baik dalam kajian kanak-kanak dengan kanser, kesakitan kronik, diabetis, dan kecederaan otak traumatik sejurus selepas rawatan, dan perkara ini berterusan secara jangka-panjang bagi ibu-bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi kanser dan kesakitan kronik. Kesihatan mental ibu-bapa bertambah baik dalam kajian kanak-kanak penghidap kanser dan kesakitan kronik sejurus selepas rawatan, yang berterusan untuk jangka masa panjang. Kesihatan mental ibu-bapa tidak bertambah baik di dalam kajian kanak-kanak penghidap diabetis. Kami dapati CBT dan PST menambah baik tingkah laku keibu-bapaan sejurus selepas rawatan, dan berterusan untuk jangka masa panjang. PST juga menambah baik kesihatan mental ibu-bapa sejurus selepas rawatan dan berterusan bagi jangka masa panjang, tetapi CBT tidak demikian. Kami tidak dapat menilai samada terapi psikologi jenis lain adalah berguna bagi ibu-bapa kerana data yang tidak mencukupi. Kami dapati kesan-kesan rawatan ini pada umumnya adalah kecil. Kami dapati kebanyakan kajian (32 kajian) tidak melaporkan mengenai kesan-kesan sampingan sama ada ianya terjadi atau tidak. Dalam sebilangan kecil di mana ianya terjadi, tidak ada peserta yang mengalami kesan-kesan sampingan dari terapi psikologi.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti dari kajian-kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Bukti berkualiti sangat rendah bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Bukti berkualiti tinggi bermakna kami sangat yakin dalam keputusan-keputusan. Terdapat data yang tidak mencukupi untuk menjawab beberapa bahagian persoalan ulasan kami. Terdapat bukti yang mencukupi (kualiti rendah hingga sederhana) untuk mencapai beberapa kesimpulan mengenai kesan-kesan terapi psikologi bagi ibu-bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi kanser dan kesakitan kronik dan kesan-kesan CBT dan PST.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information