Sumatriptan (pemberian laluan rektal) untuk serangan migrain akut dalam kalangan orang dewasa

Sumatriptan adalah salah satu ubat dari keluarga triptan yang digunakan untuk merawat serangan migrain. Ia boleh didapati sebagai supositori rektu di sesetengah negara, dan pentadbiran laluan ini mungkin lebih baik bagi individu yang mengalami loya dan/atau muntah. Ulasan ini mendapati satu dos yang diberi secara rektal berkesan melegakan sakit kepala migrain dan ketakupayaan pemfungsian. Sakit dikurangkan daripada sederhana atau teruk kepada tidak sakit setelah dua jam dalam lebih kurang 2 dalam 5 orang (41%) yanhg mengambil sumatriptan 25 mg, berbanding 1 dalam 6 (17%) yang mengambil plasebo. Sakit berkurang dari sederhana atau teruk kepada tidak melebihi sakit yang ringan setelah dua jam dalam lebih kurang 2 dalam 3 orang (71%) yang mengambil sumatriptan 25 mg, berbanding lebih kurang 1 dalam 3 (30%) yang mengambil plasebo. Selain melegakan sakit kepala, sumatriptan 25 mg juga melegakan ketakupayaan pemfungsian setelah dua jam dalam lebih kurang 2 dalam 5 orang (41%), berbanding 1 dalam 6 (16%) yang mengambil plasebo. Tiada bukti yang cukup untuk membuat kesimpulan tentang insidens peristiwa buruk atau perbandingan sumatriptan rektal secara langsung dengan sebarang pembanding aktif lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information