Penggunaan alprazolam untuk rawatan tremor esensial

Tremor esensial (ET) adalah gangguan pergerakan yang paling lazim. Walaupun tidak berbahaya dari segi kesannya ke atas jangka hayat, ia secara tipikal progresif dan berpotensi menghilangkan upaya. Rawatan adalah berdasarkan kepada agen farmakologi (propranolol dan primidone sebagai terapi barisan pertama) yang mungkin tidak berkesan dalam kalangan 25% hingga 55% pesakit. Alprazolam telah disarankan sebagai berpotensi berguna dalam ET. Para pengarang ulasan ini cuba menilai efikasi dan keselamatannya dalam kalangan orang dengan ET. Satu kajian rawak yang membandingkan alprazolam dan plasebo dalam kalangan 24 orang dengan ET kepala dan/atau anggota badan telah disertakan. Alprazolam menghasilkan pengurangan keterukan tremor yang berkait dengan kekerapan tinggi peristiwa buruk. Walau bagaimanapun, bilangan kajian yang kecil dan bukti batasan metodologi yang banyak dalam satu kajian yang disertakan menghalang kesimpulan kukuh tentang profil risiko-manfaat rawatan tersebut. Penyelidikan lanjut diperlukan untuk mengesahkan efikasi dan untuk menilai keselamatan alprazolam jangka panjang bagi rawatan pesakit dengan ET.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information