Penggunaan pregabalin untuk rawatan getaran penting

Soalan ulasan

Penulis ulasan ini cuba menilai keberkesanan dan keselamatan pregabalin dalam kalangan orang dengan getaran penting.

Latar belakang

Getaran penting adalah gangguan pergerakan yang paling lazim dijumpai. Walaupun tidak berbahaya dari segi kesannya terhadap jangka hayat, ia biasanya progresif dan berpotensi untuk mengakibatkan kehilangan upaya. Rawatan terdiri terutamanya daripada agen farmakologi (propranolol dan primidone sebagai terapi barisan pertama), yang mungkin tidak berkesan untuk 25% hingga 55% pesakit. Sesetengah pakar mencadangkan bahawa pregabalin boleh menjadi ubat yang berpotensi berguna untuk merawat keadaan tersebut.

Ciri-ciri kajian

Kami menjumpai satu kajian yang membandingkan pregabalin dengan plasebo, yang melibatkan 22 peserta dengan getaran penting yang diagihkan secara rawak.

Keputusan utama

Kesan pregabalin terhadap kebolehan fungsian dan kesan buruk adalah tidak pasti kerana kualiti bukti adalah sangat rendah.

Kualiti bukti

Kekurangan kajian dan batasan ketara dalam satu kajian yang disertakan menghalang kesimpulan kukuh tentang profil risiko-manfaat rawatan ini untuk dibuat.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information