Soalan ulasan
Adakah penyusuan tiub intragastrik berterusan atau bolus berselang mengurangkan refluks susu ke dalam esofagus?
Latar belakang
Bayi pramatang dan kurang berat lahir selalu tidak dapat menyusu secara oral kerana mereka tidak boleh menghisap dan menelan dengan berkesan. Mereka mungkin perlu diberi penyusuan melalui tiub yang dimasukkan dalam perut (intragaster). Penyusuan tiub boleh diberi melalui kaedah 'bolus' berselang, di mana susu diberikan dalam masa singkat (15 hingga 30 minit), atau melalui kaedah penyusuan berterusan, di mana susu diberikan dalam masa beberapa jam. Ia adalah tidak jelas kaedah mana yang lebih baik untuk mengurangkan refluks susu ke dalam esofagus.
Ciri-ciri kajian
Carian adalah terkini sehingga Julai 2020. Kami tidak mengenal pasti kajian.
Keputusan utama
Kami tidak mengenal pasti kajian yang boleh dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian diperlukan untuk menilai kaedah penyusuan intragastrik yang lebih berkesan untuk mengurangkan refluks gastro-esofagus pada bayi pramatang dan berat lahir rendah
Kepastian bukti
Kami mendapati tiada kajian rawak terkawal dan justeru itu mengesyorkan kajian rawak yang direka dengan baik dijalankan untuk memberi bukti muktamad tentang kaedah mana yang lebih sesuai.
Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my