Latar belakang
Penyakit altitud tinggi (HAI) adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan otak dan keadaan pernafasan yang boleh berlaku semasa perjalanan ke altitud melebihi 2500 meter ( - 8200 kaki ). HAI biasanya dicirikan oleh sakit kepala, loya, muntah dan keletihan (sering dipanggil penyakit gunung akut), tetapi boleh menjejaskan otak atau paru-paru pada individu yang berbeza. Dalam ulasan ini, kami telah menilai ubat-ubatan yang biasa digunakan untuk mencegah bermulanya penyakit ini.
Ciri-ciri kajian
Bukti adalah yang terkini sehingga Januari 2017. Kami sertakan 64 kajian yang berkaitan dengan enam jenis ubat-ubatan disyorkan untuk pencegahan HAI. Kebanyakan kajian telah dijalankan di kawasan gunung altitud tinggi, manakala yang lain digunakan ruang tekanan rendah (hipobarik) untuk mensimulasikan pendedahan altitud. Umur peserta adalah antara 16 dan 65 tahun. Sebelas kajian termasuk orang berisiko tinggi dalam keadaan ini disebabkan oleh sejarah HAI mereka atau penyakit lain seperti asma. Dua puluh empat ujikaji disediakan untuk intervensi antara tiga hingga lima hari sebelum pendakian dan 23 ujikaji, antara satu dan dua hari terlebih dahulu. Kebanyakan kajian termasuk mencapai ketinggian muktamad di antara 4001 dan 5000 meter di atas paras laut. Dalam 23 kajian yang dimasukkan, sumber pembiayaan adalah tidak jelas. Hanya 18 kajian mengisytiharkan mereka kemungkinan terdapat konflik kepentingan. Kami mengkelaskan lebih 24 kajian sebagai masih berterusan atau menunggu untuk membuat penilaian.
Keputusan-keputusan utama
Penemuan kami mencadangkan bahawa acetazolamide adalah satu rawatan berkesan untuk pencegahan HAI akut dalam dos 250 hingga 750 mg/hari, ubat ini berbanding dengan plasebo (iaitu pil dengan ejen tidak aktif). Kebanyakan maklumat yang berkaitan untuk mencegah komplikasi HAI (sakit kepala, loya, muntah dan keletihan) dan bukannya masalah otak atau par-paru yang lebih serius. Kami juga mendapati bahawa acetazolamide telah dikaitkan dengan peningkatan risiko parestesia pada jari (iaitu sensasi kesemutan, tickling, mencucuk atau terbakar kulit), walaupun hasilnyai tidak dilaporkan dalam bukti-bukti yang sedia ada. Manfaat dan kemudaratan ubat-ubatan lain seperti ibuprofen, budenoside dan dexamethasone adalah tidak jelas, disebabkan oleh bilangan kajian yang kecil.
Kualiti bukti
Kami menilai kualiti bukti sebagai sederhana hingga sangat rendah. Terdapat beberapa kajian kekurangan kualiti, termasuk penggunaan bilangan peserta yang kecil dan kekurangan pelaporan hasil penting seperti kesan sampingan. Kebanyakan ubat-ubatan yang dirangkumi dalam kajian ini, kajian tambahan diperlukan untuk menjelaskan keberkesanan dan keselamatan mereka.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my