Ubat anti-radang bukan steroid topikal untuk rawatan sakit dalam lelasan kornea trauma

Apakah matlamat ulasan ini?
Tujuan Cochrane Ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada ubat anti-radang bukan steroid topikal (disapu terus ke permukaan mata) (NSAID) untuk mengurangkan kesakitan dalam lelasan kornea trauma. Penyelidik Cochrane telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang relevan untuk menjawab soalan ini. Kami mendapati sembilan kajian.

Mesej Utama
Ia adalah tidak jelas sama ada penggunaan NSAIDs topikal dapat membantu dalam lelasan kornea trauma. NSAID topikal adalah lebih mahal untuk digunakan berbanding dengan rawatan alternatif seperti pil penahan sakit oral.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Lelasan kornea adalah calar pada kornea mata. Kornea adalah tingkap yang jelas di depan iris, yang merupakan bahagian mata yang berwarna. Kornea adalah penting untuk kedua-dua penglihatan dan perlindungan mata. Apabila lelasan kornea berlaku, ia menyebabkan kesakitan yang ketara dan ketidakselesaan. Lelasan kornea trauma adalah lelasan kornea yang disebabkan oleh kecederaan, seperti mata yang mencucuk atau sesuatu seperti kotoran atau pasir yang terperangkap di bawah kelopak mata dan menggaru kornea.

NSAIDs adalah salah satu bentuk pengurusan kesakitan bagi orang dengan lelasan kornea. ia boleh mengurangkan kesakitan.

Apakah keputusan utama ulasan ini?
Penyelidik Cochrane mendapati sembilan kajian yang berkaitan. Tiga kajian dari UK dan Amerika Syarikat, satu dari Itali, satu dari Israel dan satu dari France / Portugal. Kajian-kajian ini menggunakan lima jenis NSAID topikal (0.1% indomethacin, 0.03% flurbiprofen, 0.5% Ketorolac, 1% indomethacin, 0.1% diclofenac). Kajian membandingkan NSAID topikal dengan titisan antibiotik mata, air mata tiruan, tampalan mata dan plasebo ubat titis mata. Tiga daripada kajian tersebut dibiayai oleh pengilang manakala enam kajian lain tidak melaporkan sumber pembiayaan mereka.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa:
∙ Ia adalah tidak jelas sama ada orang dirawat dengan NSAID topikal mengalami pengurangan bermakna secara klinikal dalam kesakitan berbanding dengan orang yang dirawat dengan plasebo atau penjagaan standard (titisan antibiotik mata, air mata tiruan, mata patching) tetapi mereka boleh mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit oral.

∙ Di mana kesan sampingan ubat dan komplikasi lelasan kornea (contohnya penyembuhan yang kurang atau jangkitan) dilaporkan (dalam dua kajian), nombor-nombor adalah rendah.

Bagaimanakah dikemas terkini ulasan ini?
Penyelidik Cochrane telah mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga Mac 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information