Intervensi kebajikan untuk bekerja dan kesannya terhadap kesihatan mental dan fizikal ibu bapa tunggal dan

Ibu-bapa tunggal di negara yang kaya mempunyai tahap kemiskinan dan kesihatan yang tinggi yang tidak seimbang. Kerajaan berpendapat bahawa kemiskinan dan kesihatan mungkin meningkat jika ibu-bapa tunggal mula bekerja atau bekerja lagi, manakala sesetengah penyelidik berfikir bahawa bekerja pada masa yang sama membesarkan sendiri kanak-kanak dengan boleh memberi tekanan dan menyebabkan kesihatan menjadi semakin teruk.

Intervensi kebajikan untuk bekerja (WtW) adalah direka sama ada untuk menggalakkan atau memerlukan ibu-bapa tunggal untuk mencari pekerjaan. Pendapatan menambah nilai, berhenti atau mengurangkan faedah, latihan, membantu membayar untuk penjagaan kanak-kanak dan had ke atas tempoh manfaat untuk dibayar semua telah digunakan yang cuba untuk meningkatkan pekerjaan ibu-bapa tunggal. Untuk memahami bagaimana ibu-bapa yang tunggal memerlukan untuk mengambil bahagian dalam WtW program yang menjejaskan kesihatan mereka dan kanak-kanak mereka, kita mengkaji secara sistematik kajian-kajian yang mengumpul maklumat tentang kesan-kesan tersebut.

Kami mendapati terdapat 12 kajian yang melibatkan 27,482 peserta yang berbandingkan sekumpulan ibu bapa tunggal dalam intervensi WtW dengan ibu-bapa tunggal yang terus menerima manfaat kebajikan dengan cara yang biasa. Semua kajian tersebut adalah berisiko tinggi berat sebelah kerana kakitangan yang mengumpulkan data tahu apabila responden adalah berada dalam kumpulan intervensi. Dalam beberapa kajian, ibu-bapa tunggal yang tiada dalam kumpulan intervensi terjejas oleh perubahan yang serupa kepada dasar kebajikan yang diguna pakai untuk semua ibu-bapa tunggal. Kami menggunakan teknik-teknik statistik untuk menggabungkan hasil kajian yang berbeza. Analisis ini mencadangkan bahawa WtW tidak mempunyai kesan penting terhadap kesihatan. Peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi sedikit dalam 18 hingga 48 bulan selepas bermulanya intervensi, tetapi terdapat perbezaan sedikit dalam 49 hingga 72 bulan selepas kajian bermula. Dalam beberapa kajian, ibu-bapa tunggal yang tidak berada dalam intervensi WtW mendapat pekerjaan dengan sendirinya dari semasa ke semasa. Ada kemungkinan bahawa kesan ke atas kesihatan adalah kecil kerana tidak banyak perubahan dalam pekerjaan atau pendapatan. Walaupun peluang pekerjaan dan pendapatan adalah lebih tinggi untuk ibu bapa tunggal di WtW, kebanyakan peserta terus menjadi miskin. Ini mungkin kerana, kemurungan juga kekal tinggi untuk ibu-bapa tunggal sama ada mereka berada dalam WtW atau tidak.

Semua kecuali satu daripada kajian ini mengambil tempat di Amerika Syarikat atau Kanada sebelum tahun 2000. Ini bermakna ia adalah sukar untuk memastikan sama ada WtW mempunyai kesan yang sama di negara yang berbeza pada masa yang berlainan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information