Desmopressin acetate (DDAVP) untuk mencegah dan merawat pendarahan akut semasa mengandung dalam kalangan wanita dengan kecelaruan pendarahan kongenital

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti-bukti atas kesan dan keselamatan desmopressin acetate (DDAVP) dalam mencegah dan merawat pendarahan akut pada wanita-wanita hamil dengan kecelaruan pendarahan kongenital. Ini adalah kemaskini versi sebelum ini diterbitkan oleh Ulasan Cochrane.

Latar belakang

Kecelaruan pendarahan kongenital menyebabkan masalah pendarahan semasa kehamilan, pelahiran dan penghantaran. Komplikasi pendarahan di kalangan wanita dengan kecelaruan pendarahan kongenital adalah salah satu punca penting kepada penyakit dan kematian yang dikaitkan dengan kelahiran anak. Ejen-ejen untuk menghentikan aliran darah adalah digunakan untuk wanita dengan kecelaruan pendarahan semasa mengandung. DDAVP adalah sejenis ubat yang digunakan untuk meningkatkan kepekatan faktor VIII di dalam darah dengan berkesan dan meningkatkan berkumpulan platlet untuk menghentikan pendarahan. Ia bukan daripada plasma manusia dan ia tidak membawa risiko jangkitan. Ia mungkin menjadi sumber yang berharga untuk pesakit dengan von Willebrand, haemophilia A atau kecelaruan platlet kongenital dalam mencegah dan merawat episod pendarahan yang berkaitan dengan kehamilan.

Tarikh carian

Bukti ini adalah terkini sehingga 01 Oktober 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak dapat mencari sebarang kajian rawak terkawal yang menilai desmopressin acetate dalam wanita berkumpulan ini.

Keputusan-keputusan utama

Tiada kajian yang terdapat untuk dimasukkan ke dalam ulasan. Dengan pertimbangan etika, kajian rawak terkawal pada masa hadapan adalah tidak mungkin. Bukti adalah diperlukan untuk menunjukkan risiko-risiko dan faedah-faedah DDAVP apabila digunakan untuk mencegah dan merawat pendarahan semasa kehamilan dalam kalangan wanita dengan kecelaruan pendarahan kongenital. Walaupun terdapat bukti-bukti daripada kajian pemerhatian yang menunjukkan ubat ini adalah berkesan dalam berhenti dan mencegah pendarahan, kami menyimpulkan bahawa masih terdapat keperluan untuk menjana bukti terkawal lain yang berkualiti tinggi. Memandangkan tidak mungkin sebarang kajian diterbitkan di kawasan ini, ulasan ini tidak lagi akan dikemas kini secara berkala.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Dikemaskini oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus). (Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@rcsiucd.edu.my

Tools
Information