Soalan ulasan: Pengulas melihat semula bukti mengenai kesan terapi ubat gabungan dos-tetap pada pencegahan serangan jantung dan strok. Mereka mendapati 13 kajian yang melibatkan 9059 peserta.
Latar belakang: Mereka ngin mengetahui sama ada menggunakan terapi kombinasi dos tetap lebih baik atau lebih teruk daripada alternatif lain, seperti penjagaan biasa, plasebo, atau memberi ubat secara berasingan, untuk pencegahan serangan jantung dan strok. Laporan ini mewakili kemaskini daripada ulasan sebelumnya yang diterbitkan pada tahun 2014.
Ciri-ciri kajian: Bukti ini adalah terkini sehingga September 2016. Empat kajian termasuk individu yang mempunyai serangan jantung atau strok sebelumnya atau dengan risiko yang diramalkan tinggi kerana mengalami serangan jantung awal dan lima kajian mempunyai tempoh susulan jangka panjang (12 bulan atau lebih). Risiko utama bias adalah berkaitan dengan kurangnya pembutaan peserta dan personel, yang terbawa kepada intervensi. Kebanyakan peserta kajian adalah lelaki pertengahan umur dengan kenaikan sederhana dalam tekanan darah atau kolesterol. Dua kajian secara khusus melibatkan minoriti etnik Orang Asli atau Maori dalam separuh daripada peserta kajian. Kombinasi dos tetap terdiri daripada dua hingga lima ubat; semua kajian tmemasukkan sekurang-kurangnya satu ubat pnurun tekanan darah dan satu ubat penurun kolesterol.
Keputusan utama: Kesan terapi kombinasi dos ubat tetap pada kematian semua sebab dan pada serangan jantung dan strok yang mengakibatkan dan tidak mengakibatkan kematian adalah pasti, terutamanya disebabkan oleh bilangan peserta yang rendah yang mengalami kejadian ini dalam kajian ini (kurang daripada 5% untuk kedua-duanya) dan perbandingan dengan penjagaan biasa (bukti kualiti rendah). Terapi ubat kombinasi dos tetap menjurus kepada lebih banyak kesan buruk daripada kawalan (32% berbanding 27%), termasuk plasebo (bukti kualiti sederhana). Maklumat ini tidak mengejutkan kerana aspirin, ubat penurun tekanan darah dan kolesterol diketahui meningkatkan risiko kesan sampingan berbanding dengan plasebo. Terapi kombinasi dos tetap boleh menurunkan tekanan darah rendah (~ 6 mmHg) dan kolesterol (-0.6 mmol / L dalam kolesterol LDL), tetapi kesan ini tidak konsisten (bukti kualiti sederhana untuk tekanan darah dan kolesterol LDL tetapi bukti kualiti rendah untuk kolesterol total). Terapi kombinasi dos tetap dilihat untuk memperbaiki kepatuhan terhadap ubat-ubatan untuk mencegah ASCVD (bukti kualiti sederhana).
Kualiti bukti: Kualiti bukti dari kajian ini biasanya terdiri daripada sederhana hingga rendah. Kajian berterusan untuk terapi ubat kombinasi dos tetap kemungkinan akan memberi maklumat akhir klinikal untuk membimbing dalam membuat keputusan.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my