Rawatan untuk menyembuhkan jangkitan jangka panjang Burkholderia cepacia dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti rawatan antibiotik untuk merawat jangkitan awal dengan kompleks Burkholderia cepacia dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik dan mencegahnya menjadi kekal.

Latar belakang

Fibrosis sistik adalah penyakit warisan dan orang yang berpenyakit ini menghasilkan amaun besar lendir tebal yang susah untuk dibersihkan. Lendir ini menyumbat paru-paru mereka dan sistem pencernaan. Orang dengan fibrosis sistik mengalami banyak jangkitan dada, yang menyebabkan parut dalam saluran pernafasan mereka. Akhirnya, mereka mendapat jangkitan yang tidak boleh dirawat oleh antibiotik, jadi paru-paru merekan sering mengandungi banyak kuman, ini dijelaskan sebagai jangkitan kronik. Salah satu daripada kuman tersebut, Burkholderia cepacia, menyebabkan banyak masalah untuk orang dengan fibrosis sistik kerana ia sangat sukar untuk dirawat and membuat penyakit paru-paru merosot lebih cepat. Ini adalah versi kemaskini ulasan.

Tarikh carian

Kami mengakhiri carian bukti pada 12 Mac 2019.

Ciri-ciri kajian

Kami mencari kajian-kajian rawatan yang boleh menghapuskan Burkholderia cepacia daripada paru-paru orang dengan fibrosis sistik. Kami tidak mendapati sebarang kajian yang relevan. Ulasan ini menegaskan keperluan segera lebih banyak penyelidikan baru untuk merawat jangkitanBurkholderia cepacia jangka panjang dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information