Latar belakang
Sindrom myelodysplastic (MDS) adalah kelompok penyakit stem sel hematopoetik yang menyebabkan anemia, pendarahan ataupun jangkitan akibat kekurangan sel darah periferal dan kemajuan pramatang kepada leukemia myeloid akut (AML). Pesakit terutamanya menghidap penyakit ini dalam usia lanjut. Pemindahan sumsum tulang adalah satu-satunya pilihan yang menyembuhkan penyakit ini. Kekurangan sel platelet merupakan komplikasi yang mengancam nyawa dalam penyakit ini dan pilihan rawatan selain transfusi platelet adalah terhad. Pengenalan mimetik TPO (meningkatkan jumlah platelet dengan meniru kesan TPO manusia) dalam rawatan MDS boleh meningkatkan kepelbagaian rawatan.
Soalan ulasan
Dengan ulasan ini kami berhasrat untuk mendekati peranan mimetik TPO dalam perawatan pesakit MDS. Kami berhasrat untuk memberi tumpuan kepada pelanjutan nyawa, kematian semasa kajian, transformasi ke tahap AML, kejadian pendarahan, keperluan transfusi, kualiti hidup, kesemua kesan sampingan, dan kesan sampingan yang serius untuk meneroka kesan mimetik TPO.
Ciri-ciri kajian
Kami mencari pangkalan data perubatan seperti Daftar Pusat Kajian Terkawal Cochrane (CENTRAL), MEDLINE, prosiding persidangan dan pendaftaran kajian (Januari 2000 hingga Ogos 2017). Tiada kajian yang menilai satu TPO mimetik (romiplostim atau eltrombopag) berbanding dengan lain. Kami mendapati lapan kajian yang layak (enam dinilai, dua yang berterusan, satu daripadanya telah selesai tetapi tanpa keputusan akhir untuk pesakit MDS) dan kami melibatkan 746 pesakit dewasa dalam ulasan kami. Kajian-kajian adalah rawak, double-blinded dan melibatkan romiplostim atau eltrombopag berbanding dengan plasebo. Dalam empat kajian ejen hypomethylating atau ubat imunomodulator diberikan secara gabungan dengan romiplostim atau eltrombopag. Hanya orang dewasa yang dimasukkan.
Keputusan utama
meta-analisis terhadap pelanjutan nyawa adalah tidak mungkin, kerana data terlalu heterogenous Sebaliknya, kami menganalisis data kematian. Tiada perbezaan yang kukuh antara mimetik TPO dan plasebo dari segi mortaliti semasa kajian, transformasi ke tahap AML, keperluan transfusi, kesan sampingan yang serius. Mimetik thrombopoietin mungkin mengurangkan jumlah pesakit yang mengalami pendarahan. Dalam populasi kajian, 713 dari 1000 pesakit dalam kelompok plasebo mengalami peristiwa pendarahan berbanding 656 dari 1000 (selang keyakinan 95% (CI) 613 hingga 699) dalam kelompok mimetik TPO. Tiada kajian yang menilai kualiti kehidupan.
Kualiti bukti
Kualiti bukti untuk hasil kejadian pendarahan dan semua kejadian buruk adalah sederhana kerana risiko berat sebelah yang tinggi (saiz sampel kecil dan ketidakseimbangan dalam ciri asas dalam tiga kajian, penutupan pramatang dua kajian, pelaporan terpilih dalam satu kajian, penajaan industri). Kualiti bukti untuk hasil kematian semasa kajian dan keperluan transfusi adalah rendah, disebabkan oleh ketidaktepatan melalui beberapa kejadian dan risiko berat sebelah yang tinggi. Ia sangat rendah untuk hasil transformasi kepada AML dankesan sampingan yang serius, kerana bilangan kejadian yang sangat kecil, risiko berat sebelah dan heterogenitas di antara kajian.
Kesimpulan
Meskipun ulasan sistematik ini menunjukkan potensi manfaat mimetik TPO dari segi peristiwa pendarahan dalam pesakit dewasa yang dinilai, kajian masa depan harus menumpu kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti hidup dalam menilai penggunaan seharian ubat ini. Andaian pelanjutan pramatang ke AML tidak dapat disahkan dengan jelas. Oleh kerana bilangan kajian yang rendah dan saiz sampel yang kecil, ketidakpastian mengenai penemuan dalam ulasan ini wujud dan menuntut siasatan lanjut dengan lebih banyak kajian dan peserta dan tempoh tindak lanjut yang lebih lama.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.