Semasa pembedahan, pesakit mungkin menjadi sejuk akibat kombinasi faktor termasuk tindakan ubat anestetik, kulit yang terdedah dan pemberian cecair sejuk ke dalam saluran vena atau ke bahagian tubuh di mana pembedahan sedang dilakukan untuk mencuci mereka. Menjadi sejuk semasa pembedahan boleh menjadi tidak selesa dan boleh menyebabkan menggigil yang berlebihan selepas pembedahan. Ia juga boleh menyebabkan masalah jantung dan masalah pendarahan dan boleh menyumbang kepada masalah luka tekanan, penyembuhan luka dan tinggal lebih lama di hospital. Ulasan ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pemanasan cecair yang diberikan kepada salur darah atau digunakan untuk membasuh bahagian badan boleh menghalang pesakit menjadi sejuk.
Penyelidik mencari pangkalan data perubatan sehingga Februari 2014 untuk mencari kajian membandingkan cecair panas dengan cecair tidak berbahaya dan kaedah lain untuk memanaskan pesakit. Penyelidik mendapati 24 kajian yang berkaitan dengan 1250 pesakit dewasa yang menjalani semua jenis pembedahan. Penyelidik tidak memasukkan kajian yang mana ia bertujuan agar pesakit akan menjadi sejuk (seperti untuk memudahkan pembedahan pintasan jantung). Penyelidik berhasrat untuk mengumpul data yang mana pesakit menjadi hipotermik (apabila suhu badan mereka jatuh ke bawah 36 darjah Celcius), tetapi tidak ada kajian yang melaporkan ini, jadi penyelidik mengumpul data mengenai suhu pesakit di pelbagai titik masa sepanjang pembedahan.
Penyelidik mendapati bukti kualiti yang sederhana menunjukkan bahawa jika pesakit mempunyai cecair mereka diberikan ke dalam saluran vena mereka yang panas, kira-kira separuh darjah Celsius mereka lebih hangat dan kurang menggigil berbanding dengan mereka yang menerima cecair yang tidak dipanaskan; Akan tetapi, penyelidik tidak dapat menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pesakit yang menerima cecair panas untuk mencuci bahagian badan mereka.
Penyelidik menunjukkan bahawa pemanasan cecair tidak menjadikan pesakit dewasa lebih panas; Akan tetapi, adalah kurang jelas samada ini sahaja dapat menyebabkan perbezaan dalam komplikasi teruk akibat menjadi sejuk.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.