Pentoxifylline untuk mencegah displasia bronchopulmonari di kalangan bayi pramatang

Bayi yang dilahirkan awal (pramatang) sering menghidapi masalah pernafasan jangka masa panjang yang dikenali sebagai displasia bronchopulmonari (bronchopulmonary dysplasia), yang boleh mengakibatkan kesihatan kurang baik di zaman kanak-kanak dan dewasa. Ubatan yang bertindak keatas sistem pertahanan-diri dalam badan mungkin membantu mengurangkan risiko masalah pernafasan jangka masa panjang. Salah satu ubat tersebut ialah pentoxifylline. Tujuan utama kajian semula ini adalah untuk menentukan samada pentoxifylline berbanding plasebo (ubat yang tidak aktif) atau tiada ubat dapat memberi manfaat yang penting kepada bayi-bayi yang dilahirkan awal. Cuma satu kajian yang bersaiz dan berkualiti sederhana dikenalpasti dalam kajian semula ini. Kajian ini tidak menunjukkan bukti kukuh yang pentoxifylline memberikan manfaat penting kepada bayi yang dilahirkan awal. Maka, kami tidak dapat menentukan kesan pentoxifylline dalam pencegahan masalah pernafasan jangka masa panjang dalam bayi-bayi yang dilahirkan awal. Kajian yang berkualiti tinggi pada masa hadapan diperlukan untuk menjawab soalan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Dr Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. 

Tools
Information