Latarbelakang
Sesetengah tugas yang dibuat oleh doktor gigi boleh didelegasi kepada auksiliari pergigian terlatih, yang mana dapat memberi masa untuk doktor gigi menjalankan prosedur yang lebih kompleks dan meningkatkan penjagaan pergigian dan mengurangkan kos.Namun, sebelum pendekatan ini boleh disokong, adalah penting untuk mengetahui keberkesanan relatif auksiliari pergigian dan doktor pergigian menjalankan tugas-tugas tersebut.
Soalan sorotan
Sorotan ini bertujuan menilai keberkesanan relatif, kos dan keberkesanan kos serta keselamatan auksiliari pergigian dalam memberi penjagaan pergigian yang secara tradisinya dibuat oleh doktor gigi.
Ciri kajian
Kami mencari literatur sehingga November 2013 dan mendapati lima kajian (melibatkan 13 auksiliari pergigian, enam doktor gigi dan lebih dari 1156 peserta) yang menilai keberkesanan auksiliari pergigian berbanding doktor gigi dalam memberi penjagaan yang secara tradisinya dibuat oleh doktor gigi untuk dimasukkan ke dalam sorotan ini.Kajian-kajian ini hanya menilai dua tugas/teknik klinikal: perletakan resin selan pencegahan yang direka untuk mencegah kerosakan gigi di pit dan fisur gigi belakang; dan restorasi teknik atraumatik (RTA), kaedah menampal gigi yang tidak memerlukan alat bermotor (misalnyadril pergigian)Dua kajian dijalankan di AS dan setiap satu di Kanada, Gambia dan Singapura.
Keputusan utama
Tiga daripada empat kajian yang membandingkan perletakan selan pencegahan oleh auksiliari pergigian dan doktor gigi, tidak mendapati sebarang perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi jumlah selan yang masih kekal dalam tempoh masa yang berbeza (enam hingga 24 bulan).Satu kajian mendapati jumlah selan yang kurang yang diletak oleh auksiliari pergigian masih kekal selepas 48 bulan berbanding dengan selan yang diletak oleh doktor gigi. Kajian yang sama juga melaporkan kerosakan gigi yang lebih pada gigi yang diselan oleh auksiliari pergigian berbanding doktor gigi, manakala kajian lain tidak melaporkan sebarang perbezaan di antara kedua-dua kumpulan.Satu kajian yang membandingkan keberkesanan auksiliari pergigian dan doktor pergigian melakukan RTA melaporkan tiada bukti perbezaan dalam jumlah tampalan yang perlu diganti atau telah menjadi rosak selepas 12 bulan.Tiada kajian yang melaporkan sebarang kejadian buruk.Tambahan juga, tiada kajian yang membandingkan kos dan keberkesanan kos atau mengambilkira impak ke atas akses penjagaan.
Kualiti bukti
Terlalu sedikit kajian bagi sorotan ini untuk membuat kesimpulan tentang keberkesanan relatif auksiliari pergigian dan doktor gigi. Empat kajian yang dimasukkan telah melebihi 20 tahun, berkualiti rendah, kurang peserta dan hanya menilai dua tugas klinikal.Sorotan ini menunjukkan kurangnya kajian berkualiti tinggi yang membanding keberkesanan dan keberkesanan kos auksiliari pergigian dan doktor gigi dalam menjalankan penjagaan pergigian yang secara tradisinya dibuat oleh doktor gigi.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini sila hubungi hayatikk@usm.my