Suplemen asid lemak tidak tepu pelbagai pada peringkat bayi untuk pencegahan alahan

Soalan ulasan

Pada bayi, adakah suplemen diet dengan minyak yang tinggi dalam asid lemak tidak tepu pelbagai (PUFA) mengakibatkan penurunan risiko alahan seperti asma, dermatitis/ekzema, demam hay (dipanggil rinitis alergi) dan alahan makanan pada peringkat bayi dan kanak-kanak?

Latar belakang

Penyakit alahan menyumbang kepada beban kesihatan di kalangan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan makanan awal boleh mempengaruhi perkembangan penyakit alergi. Pemakanan PUFAs, seperti minyak ikan, mempunyai peranan dalam keadaan keradangan. Adalah penting untuk menentukan sama ada pemakanan PUFAs yang diberikan sebagai makanan tambahan atau ditambah kepada susu formula bayi berpotensi untuk mencegah perkembangan alahan. PUFA boleh diberikan kepada ibu yang menyusu, kepada bayi sebagai makanan tambahan (kandungan kapsul) atau ditambah kepada susu formula bayi.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini mendapati 100 kajian yang menilai kesan pengambilan PUFAs yang lebih tinggi berbanding lebih rendah pada bayi melalui carian pangkalan data perubatan sehingga September 2015. Walau bagaimanapun, hanya sembilan daripada kajian ini yang mendaftarkan 2704 bayi melaporkan hasil alahan (langkah-langkah). Daripada sembilan kajian ini, kami menganggap hanya satu kajian yang berkualiti tinggi. Lima kajian melaporkan alahan sebagai ukuran hasil; empat kajian melaporkan penyakit asma; kesemua sembilan kajian melaporkan dermatitis/ekzema; dua kajian melaporkan resdung dan empat kajian melaporkan alahan makanan.

Keputusan utama

Suplemen PUFA pada peringkat bayi tidak menjejaskan risiko bayi (berumur sehingga dua tahun) atau kanak-kanak (berumur sehingga 10 tahun) alahan, asma, dermatitis/ekzema dan alahan makanan. Terdapat pengurangan dalam risiko rinitis alahan semasa bayi, walau bagaimanapun, tiada kesan ke atas risiko rinitis alergi kanak-kanak. Tiada bukti yang mencukupi untuk menentukan kesan pada rinitis alahan.

Kualiti bukti

Kami menilai bukti tiada kesan ke atas kejadian bayi, kejadian kanak-kanak dan kelaziman kanak-kanak bagi semua alahan sebagai sangat rendah; pengurangan dalam kejadian bayi rinitis alahan sebagai sangat rendah; dan bukti tiada kesan ke atas kejadian bayi, kejadian kanak-kanak dan kelaziman kanak-kanak bagi semua hasil alahan lain sebagai sangat rendah hingga rendah. Kajian berkualiti tinggi selanjutnya diperlukan sebelum kita dapat menentukan kesan pengambilan PUFA yang lebih tinggi pada bayi terhadap risiko penyakit alahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Putrajaya). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information