Objektif ulasan
Untuk menilai kesan nutrisi perioperatif dalam kalangan peserta yang melalui pembedahan bagi merawat kanser pundi kencing.
Latar belakang
Sesetengah pesakit dengan kanser pundi kencing serius memerlukan pembedahan yang dinamakan sistektomi radikal untuk membuang pundi kencingan operation called a radical cystectomy to remove their bladder, yang berisiko komplikasi selepas pembedahan.
Sesetengah pesakit dengan kanser pundi kencing mungkin mengalami kesukaran pemakanan sebelum dan selepas pembedahan, dan mungkin hilang berat badan dan mengalami pemakanan yang tak seimbang. Dalam ulasan ini, kami ingin melihat jika pemberian nutrisi tambahan memberi manfaat berbanding menunggu untuk orang memakan makanan biasa.
Ciri-ciri kajian
Bukti adalah terkini sehingga 22 Februari 2019. Terdapat lapan kajian yang dijalankan melibatkan 500 orang di hospital. Terdapat tujuh cara berlainan nutrisi diberi.
Keputusan utama
1. Pemberian melalui vena berbanding nutrisi oral: berdasarkan satu kajian melibatkan 157 orang, kami mendapati pemberian melalui vena boleh meningkatkan komplikasi selepas pembedahan. Walau bagaimanapun, mungkin terdlalu sedikit atau tiada perbezaan dari segi tempoh inap di hospital.
2. Nutrisi meningkatkan imun berbanding penambahan standard: nutrisi meningkatan imun mempunyai tahap nutrien yang tinggi yang dianggap dapat memperbaiki fungsi imun dan diberi dalam satu kajian melibatkan 29 pesakit. Kami mendapati bentuk nutrisi ini boleh mengurangkan komplikasi dalam tempoh 90 hari selepas pembedahan, tetapi mungkin mempunyai kesan kecil terhadap tempoh inap di hospital.
3. Nutrisi oral praoperatif berbanding diet: berdasarkan satu kajian melibatkan 28 orang, kami tidak pasti jika penambahan oral sebelum pembedahan memperbaiki komplikasi selepas pembedahan. Tempoh inap di hospital tidak dilaporkan.
4. Memberi makan pascabedah awal berbanding penjagaan standard: berdasarkan satu kajian melibatkan 102 orang, memberi makan pascabedah awal boleh meningkatkan komplikasi pascabedah, tetapi kami sangat tidak pasti tentang dapatan ini. Tempoh inap di hospital mungkin sama.
5. Asid amino berbanding dekstrosa: asid amino adalah blok binaan protein dan dekstrosa adalah air bergula. Daripada dua kajian melibatkan 104 orang, kami tidak pasti sama ada komplikasi boleh dikurangkan. Tempoh inap di hospital mungkin sama.
6. Rantaian cabang berbanding dekstrosa: rantaian cabang adalah sejenis asid amino. Dari satu kajian melibatkan 19 orang, kami sangat tidak pasti sama ada kadar komplikasi adalah sama. Tempoh inap di hospital tidak dilaporkan.
7. Penambahan nutrisi oral perioperatif berbanding penambahan multivitamin dan mineral: dari satu kajian melibatkan 61 orang, penambahan oral berbanding penambahan multivitamin dan mineral mungkin mengurangkan sedikit komplikasi pascabedah. Tempoh inap di hospital mungkin sama.
Kepastian bukti
Kepastian bukti bagi semua hasil dalam ulasan ini adalah rendah atau sangat rendah, yang bermaksud kesan sebenar mungkin sangat berbeza atau lebih cenderung berbeza daripada apa yang kami temui.
Diterjemah oleh Kamisah Ariffin (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my