Diuretik kawasan lengkung (loop diuretik) untuk pesakit yang menerima pemindahan darah

Pemindahan darah sering dirumitkan oleh penahanan air dalam tubuh, yang boleh memburukkan lagi fungsi paru-paru, fungsi jantung dan / atau fungsi buah pinggang. Diuretik kawasan lengkung (loop diuretik), iaitu ubat-ubatan yang mengurangkan kandungan air dalam tubuh dengan menjadikan buah pinggang mengeluarkan lebih air kencing, dianggap dapat mencegah penahanan air. Oleh yang demikian, ramai doktor mengubati dahulu penerima pemindahan darah mereka dengan loop diuretik.

Matlamat ulasan kami adalah untuk menentukan sama ada pemberian pra-ubat kepada penerima pemindahan darah dengan loop diuretik menghalang komplikasi pemindahan darah. Ulasan kami yang terdiri daripada empat kajian dan 100 peserta menentukan bahawa tidak ada bukti yang berkualiti tinggi tentang manfaat atau kemudaratan klinikal yang berkaitan dengan penggunaan loop diuretik untuk mengelakkan komplikasi pemindahan darah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai ( Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information