Lebih rendah berbanding kepekatan oksigen yang lebih tinggi dititrasi ke sasaran saturasi oksigen semasa resusitasi bayi pramatang ketika dilahirkan

Latar belakang

Untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan, penggunaan udara (21% oksigen) untuk resusitasi secara umumnya diterima baik dan boleh dikaitkan dengan hasil yang lebih baik. Bayi lahir pramatang (sebelum hamil 37 minggu ) memerlukan lebih banyak resusitasi selepas dilahirkan dan mempunyai lebih banyak masalah dalam penyesuaian terhadap kehidupan.

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan untuk mengkaji sama ada penggunaan kepekatan oksigen yang lebih rendah atau yang lebih tinggi (diubahsuai berdasarkan saturasi oksigen bayi itu, atau peratusan tapak pengikatan hemoglobin yang diduduki oksigen dalam aliran darah) adalah lebih baik untuk resusitasi bayi pramatang, apabila digunakan dalam masa sepuluh minit yang pertama selepas kelahiran.

Keputusan

Kami sertakan sepuluh kajian dalam ulasan ini. Kajian-kajian tersebut menyertakan sejumlah 914 bayi, yang sebahagian besar nya dilahirkan sebelum kehamilan 32 mingguj Ulasan ini mendapati tiada bukti tentang kesan daripada penggunaan kepekatan oksigen awal yang lebih rendah berbanding dengan yang lebih tinggi untuk sasaran saturasi oksigen bayi dalam kadar kematian semasa resusitasi atau hasil kesihatan bayi yang lain. Terdapat tiada perbezaan dalam kadar intubasi salur udara (penempatan satu tiub plastik yang fleksibel ke dalam salur udara) semasa resusitasi antara bayi-bayi yang menerima kepekatan oksigen yang lebih rendah dan mereka yang menerima kepekatan oksigen yang lebih tinggi. Terdapat tidak cukup maklumat untuk menentukan kesan ke atas hasil jangka panjang termasuk kecacatan tumbesaran neuro (terbantut dari segi fizikal, pembelajaran, bahasa atau tingkah laku). Kita menilai kualiti bukti keseluruhan sebagai rendah kerana ketidakpastian dalam kesan-kesan yang kami dapati dan juga kerana kami mempunyai kemusykilan tentang kaedah yang digunakan dalam banyak kajian. Bukti dalam kajian ini adalah terkini sehingga Oktober 2017.

Kesimpulan

Mengenai sasaran saturasi oksigen bayi, ia adalah tidak jelas lagi pada masa ini sama ada kepekatan oksigen awal yang digunakan dalam resuscitasi bayi pramatang memberikan sebarang kesan dalam jangka masa pendek atau panjang. Lebih banyak kajian yang melibatkan bayi pramatang semasa kelahiran serta menilai kedua-dua kepekatan oksigen awal dan tahap saturasi oksigen yang terbaik ke sasaran diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Zcho Huey, RCSI & UCD Malaysia Campus (Formerly Penang Medical College). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi zchohuey_c2017@ms.rsciucd.edu.my

Tools
Information