Kesan rosuvastatin terhadap kolesterol

Rosuvastatin (Crestor) adalah salah satu statin yang paling poten dan kini dipreskripsi secara meluas. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui berapa banyak rosuvastatin merendahkan kolesterol Kami telah mencari bukti kajian daripada kajian-kajian yang dijalankan selama tiga hingga 12 minggu yang melaporkan kesan rosuvastatin terhadap kolesterol. Kami mendapati 108 kajian yang melibatkan 19,596 peserta. Berdasarkan perbandingan yang tidak formal dengan atorvastatin, dos rosuvastatin yang diperlukan adalah tiga kali ganda lebih rendah untuk mengurangkan jumlah kolesterol yang sama. Ulasan ini tidak dapat digunakan untuk menilai kemudaratan rosuvastatin disebabkan tempoh kajian adalah pendek dan risiko serong untuk hasil kajian ini adalah tinggi; kesan buruk hanya dilaporkan dalam 10 daripada 18 kajian yang boleh digunakan untuk menilai kemudaratan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information