Penyedutan saluran pernafasan bagi bayi baru lahir semasa kelahiran

Persoalan ulasan: Adakah penyedutan mulut-hidung-kerongkong secara rutin dalam saluran pernafasan bayi yang baru lahir berbanding dengan pendekatan yang tidak menggunakan sebarang sedutan mempunyai kesan terhadap angka kematian dan morbiditi, sama ada proses kelahiran itu melibatkan air ketuban yang sudah dicemari najis atau tidak?

Latar belakang: Proses peralihan dari fasa janin ke bayi baru lahir melibatkan pembuangan cecair dari dalam rongga paru-paru dan proses pengembangan rongga paru-paru dengan udara. Secara tradisi, penyedutan rongga mulut-hidung-kerongkong bayi sejurus selepas lahir digunakan secara rutin untuk menyedut keluar bendalir dari bayi yang dilahirkan cergas. Walaupun penyedutan rongga mulut-hidung-kerongkong dapat mengosongkan saluran pernafasan sejurus sesudah kelahiran, prosedur itu berpotensi mendatangkan lebih banyak akibat serius berbanding manfaat yang ingin diperoleh melewati penyedutan rongga mulut-hidung-kerongkong bayi. Ulasan ini memeriksa kesan penyedutan rongga mulut-hidung-kerongkong bayi berbanding jika tidak mengunakan penyedutan.

Ciri-ciri kajian: Lapan kajian rawak terkawal yang melibatkan 4011 orang bayi baru lahir memenuhi kriteria serta kami.

Keputusan: Bukti yang ada pada masa ini tidak menyokong atau menafikan penyedutan sebagai terapi berfaedah untuk bayi cukup bulan yang sihat dan kajian berkualiti lanjut diperlukan untuk bayi yang baru lahir cukup bulan dan pramatang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Dr Nathanael Lee Yong Sheng (Hospital Seberang Jaya). Disunting oleh Abdul Rauf Badrul Hisham (Universiti Teknologi MARA). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information