Soalan ulasan: Adakah penggunaan kortikosteroid adjuvan dalam neonat yang mengalami meningitis bakteria mengurangkan risiko kematian dan kemungkinan ke atas perkembangan saraf di kemudian hari?
Latar belakang: Meningitis neonatal merupakan penyebab yang biasa bagi kematian dan kehilangan upaya jangka panjang dalam kalangan kanak-kanak di mana saja, terutamanya di negara-negara membangun. Dalam kajian ini, pengulas menyiasat manfaat dan keselamatan kortikosteroid adjuvan dalam rawatan meningitis neonatal.
Ciri-ciri kajian: Pengulas mengenal pasti dua kajian untuk dimasukkan.
Keputusan Pengulas mendapati pemberian steroid kepada bayi yang terkesan dengan meningitis mungkin mengurangkan bilangan kanak-kanak yang akan mati atau menjadi pekak dari penyakit ini. Bagaimanapun, kebanyakan manfaat ini diperhatikan dalam satu kajian sahaja. Sehingga kini, ianya kelihatan seolah-olah steroid tidak membantu dari segi pencegahan kelewatan perkembangan. Pengulas tidak dapat mencapai kesimpulan yang mendalam pada masa ini, kerana bukti pengulas temui adalah terhad dan berkualiti rendah dan boleh berubah jika adanya keputusan daripada kajian yang lebih besar dengan reka bentuk kajian yang lebih baik.
Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my. Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my).