Kami mengemas kini tinjauan mengenai kajian di mana rawatan dengan ubat-ubatan anti-tumor nekrosis faktor (anti-TNF) (adalimumab, certolizumab pegol, etanercept, golimumab, dan infliximab) diturunkan dos ataupun dihentikan pada orang dengan artritis reumatoid (RA) yang menggunakan ubat anti-TNF dan dalam keadaan baik (aktiviti penyakit rendah). Pencarian sistematik sehingga Mac 2018 menjumpai 14 kajian (3315 peserta). Kajian-kajian yang dimasukkan adalah dilakukan dalam pusat-pusat klinikal dari seluruh dunia. Kajian ini merangkumi orang yang baru didiagnos dan juga yang lama dengan RA, kebanyakannya ialah wanita dengan purata usia antara 47 dan 60 tahun. Tempoh kajian berkisar dari 6 bulan hingga 3 setengah tahun.
Apakah artritis reumatoid? Apa yang menghentikan atau menurunkan dos ubat-ubatan anti-TNF?
Apabila anda mengalami artritis rheumatoid, sistem imun anda yang biasanya melawan jangkitan, menyerang lapisan sendi anda. Ini menyebabkan sendi bengkak, kejang, dan sakit. Tiada ubat yang boleh menyembuhkan artritis reumatoid, oleh itu matlamat rawatan adalah melegakan sakit dan kaku, memperbaiki keupayaan untuk bergerak, serta mencegah kecederaan sendi.
Ejen anti-TNF adalah ubat biologik untuk RA. Ubat ini mengurangkan aduan dengan menurunkan keradangan pada sendi, dan mengurangkan kecederaan radiografi sendi. Menurunkan dos atau menghentikan rawatan anti-TNF apabila aktiviti penyakit rendah mungkin dapat mengurangkan kesan-kesan sampingan yang berkaitan dengan dos (terutamanya jangkitan) serta kos.
Keputusan-keputusan utama
Data yang terdapat merangkumi semua agen anti-TNF, tetapi kebanyakan untuk adalimumab dan etanercept.
Aktiviti penyakit
- Orang yang diturunkan dos anti-TNF menunjukkan sedikit atau tiada peningkatan aktiviti penyakit berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (bukti kepastian tinggi).
- Orang yang dihentikan anti-TNF mempunyai peningkatan 0.96 unit aktiviti penyakit pada skala dari 0.9 hingga 8 berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (perbezaan mutlak 14%, bukti kepastian sederhana).
- Orang yang menurunkan dos anti-TNF secara beransur menunjukkan sedikit atau tiada peningkatan pada aktiviti penyakit berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (bukti kepastian rendah).
Kesembuhan berterusan
- Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah orang yang mengalami kesembuhan berterusan diantara mereka yang menurunkan dos anti-TNF berbanding dengan mereka yang meneruskan anti-TNF (bukti kepastian rendah).
- Data tentang cara menghentikan anti-TNF mempengaruhi kesembuhan berterusan tidak dikumpulkan kerana hasil adalah tidak serupa dalam kalangan kajian tersebut (bukti kepastian rendah). Perbezaan mutlak bervariasi antara 15% dan 68% kurang orang yang masih dalam kesakitan selepas berhenti anti-TNF berbanding dengan orang menerusi anti-TNF.
- Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah orang yang mengalami kesembuhan yang berterusan di antara mereka yang menurunkan dos anti-TNF degan beransur-ansur berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (bukti kepastian tinggi).
Prograsi sinar-X
- 24 lebih banyak orang dari 1000 mengalami penigkatan lebih daripada 0.5 mata prograsi kecederaan sendi setelah satu tahun selepas menurunkan dos anti-TNF (skala 0 hingga 448) (perbezaan mutlak 2%, bukti kepastian sederhana).
- 73 lebih banyak orang dari 1000 yang menghentikan anti-TNF mengalami penigkatan lebih daripada 0.5 mata prograsi kecederaan sendi setelah satu tahun berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (perbezaan mutlak 7%, bukti kepastian tinggi).
- 110 lebih banyak orang dari 1000 mengalami penigkatan lebih daripada 0.5 atau 1 mata prograsi kecederaan sendi setelah 1.5 tahun apabila menurunkan dos anti-TNF secara beransur-ansur (bukti kepastian rendah)
Fungsi
- Orang yang diturunkan dos anti-TNF mengalami penurunan fungsi 0.09 unit (skala 0 hingga 3) berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (perbezaan mutlak 3%, bukti kepastian tinggi).
- Orang yang dihentikan anti-TNF mengalami penurunan fungsi 0.18 unit berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (perbezaan mutlak 6%, bukti kepastian rendah).
- Orang yang diturunkan dos anti-TNF secara beransur mengalami penurunan fungsi 0.2 unit berbanding dengan orang yang meneruskan anti-TNF (perbezaan mutlak 7%, bukti kepastian sederhana).
Kesan sampingan
- Terdapat sedikit atau tiada perbezaan dalam jumlah kesan sampingan dalam orang yang diturunkan dos anti-TNF berbanding dengan penerusan anti-TNF (bukti kepastian rendah).
- Ia adalah tidak pasti bahawa menurunkan dos secara beransur atau menghentikan anti-TNF akan mempengaruhi jumlah kejadian kesan sampingan yang serius (bukti kepastian yang sangat rendah).
Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Selayang). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.