Rawatan topikal dengan ubat yang penggalakan pembekuan darah untuk mengurangkan perdarahan

Beratus-ratus ribu orang dari seluruh dunia menderita penyakit disebabkan oleh perdarahan yang teruk. Asid tranexamic ialah ubat yang membantu darah unruk membeku, jadi ubat ini dapat membantu orang yang mengalami perdarahan. Penyelidik sudah mengetahui bahawa pemberian asid tranexamic secara intravena (terus ke dalam vena) dapat mengurangkan perdarahan dalam kalangan mangsa kemalangan dan pesakit yang menjalani pembedahan. Namun sesetengah doktor tidak selalu memberi ubat ini seperti yang disyorkan kerana bimbang akan kesan sampingan yang buruk terhadap pesakit tertentu, seperti pembekuan darah di masa yang tidak diingini. Satu cara alternatif untuk memberikan ubat ini adalah dengan mencampurkan ubat ini dengan air steril dan menyapu ke permukaan perdarahan secara langsung (cara ini dikenali sebagai ‘aplikasi topikal'). Oleh sebab mungkin ubat yang diserap ke dalam badan kurang apabila diberikan dengan cara ini, pesakit kelihtan kurang mengalami kesan sampingan yang buruk.

Ulasan ini melihat kajian yang menilai kesan asid tranexamc topikal dalam pesakit yang mengalami perdarahan. Dua puluh sembilan kajian telah dijumpai; 28 melibatkan pesakit yang mengalami perdarahan semasa pembedahan dijalankan dan satu lagi melibatkan mereka yang mengalami perdarahan hidung. Apabila keputusan kajian-kajian ini dikumpulkan bersama, mereka telah menunjukkan bahawa apabila asid tranexamic diberikan secara topikal, ia dapat mengurangkan jumlah darah yang hilang dari pesakit dan menyebabkan mereka kurang berkemungkinan untuk menjalani pemindahan darah.

Penulis ulasan ini merumuskan bahawa penggunaan asid tranexamic topikal dapat mengurangkan perdarahan dalam kalangan pesakit yang menjalani pembedahan. Tetapi, disebabkan oleh tidak ada kajian yang dijalankan, pengulas tidak pasti sama ada ia juga mengurangkan perdarahan yang diakibatkan oleh sebab lain, seperti kelahiran anak atau perdarahan daripada ulser perut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Tools
Information