Suplemen dengan pelbagai mikronutrien untuk wanita menyusukan bayi untuk meningkatkan hasil untuk ibu dan bayinya

Manfaat dan risiko daripada suplemen pelbagai mikronutrien semasa laktasi tidak jelas dari kajian terkawal rawak. Vitamin dan mineral utama, terutamanya iodin, besi dan zink, diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk memastikan metabolisme badan yang normal, pertumbuhan fizikal dan pembangunan. Kekurangan nutrien menjejaskan hampir satu pertiga daripada penduduk dunia, terutama di negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana.Ibu-ibu menyusukan anak memerlukan tahap yang lebih tinggi daripada biasa untuk memberikan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kesihatan mereka sendiri dan bayi mereka, terutamanya bagi fungsi normal dan pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Kajian-kajian yang lepas telah menilai suplemen mikronutrien individu. Kajian ini melihat penggunaan suplemen pelbagai mikronutrien untuk ibu menyusu untuk meningkatkan hasil untuk ibu dan bayinya. Kami mencari kajian pada 30 September 2015 dan mengenal pasti dua kajian kecil (melibatkan 52 wanita) untuk dimasukkan dalam kajian ini. Kajian telah dijalankan di Brazil dan Amerika Syarikat dan melibatkan wanita yang mempunyai status sosioekonomi yang rendah. Kajian yang dilaporkan kurang baik dan kekurangan maklumat ini yang menyukarkan untuk menentukan sama ada kajian berada pada risiko bias. Kedua-dua kajian tidak memberikan data bagi apa-apa hasil yang penting untuk ulasan ini seperti penyakit ibu (demam, jangkitan pernafasan, cirit-birit), kesan buruk dalam tempoh tiga hari selepas mengambil mikronutrien, kematian bayi (ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang mati sebelum mencapai umur satu tahun ).

Begitu juga, tidak ada data bagi mana-mana hasil lain yang kami berminat. Untuk ibu, hasil ini adalah ibu anemia, dan kepuasan wanita. Untuk bayi, hasil ini adalah kekurangan mikronutrien; episod sakit (demam, jangkitan pernafasan, cirit-birit, yang lain), kesan buruk mikronutrien dalam tempoh tiga hari wanita itu menerima suplemen. Walau bagaimanapun, salah satu kajian yang disertakan melaporkan bahawa suplemen pelbagai mikronutrien berkesan untuk wanita menyusu yang beransur pulih dari anemia.

Terdapat keperluan untuk kajian berkualiti tinggi yang menilai keberkesanan dan keselamatan suplemen dengan berbilang mikronutrien untuk wanita menyusukan bayi untuk meningkatkan hasil untuk ibu dan bayinya. Kajian yang lebih besar dengan jangka panjang susulan akan meningkatkan kualiti kajian dan menyediakan bukti kuat. Kajian lanjut perlu memberi tumpuan kepada sama ada suplemen pelbagai mikronutrien semasa laktasi (berbanding tanpa suplemen, plasebo atau supleman dengan kurang daripada dua mikronutrien) memberi manfaat kepada ibu dan bayi dan apa-apa intervensi kesan buruk . Kajian lebih lanjut perlu melaporkan hasil yang penting seperti yang disenaraikan dalam ulasan ini dan mempertimbangkan risiko suplemen berlebihan. Kajian masa depan boleh menilai lebih tepat kombinasi pelbagai mikronutrien dan dos yang berbeza dan melihat bagaimana hasil kesan ini bagi ibu dan bayinya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information