Alkalisasi urin untuk jangkitan saluran kencing tidak kompleks dalam kalangan wanita

Jangkitan saluran kencing (JSK) adalah jangkitan bakteria yang paling lazim dalam kalangan wanita dan boleh menyebabkan sakit dan kencing kerap.

Alkaliser urin adalah ubat yang dapat mengurangkan keasidan urin; biasanya dibeli di kaunter, atau dipreskribsi oleh doktor untuk merawat simptom JSK.

Kami ingin menyiasat manfaat dan keburukan alkaliser urin untuk rawatan JSK. Kami mencari literatur sehingga 19 Januari 2016 tetapi tidak menemukan kajian rawak terkawal (RCTs) yang dilaksanakan untuk menyiasat agen-agen ini yang memenuhi kriteria kemasukan kajian. Kami tidak dapat menilai manfaat atau mudarat penggunaan alkaliser urin dalam konteks JSK.

Adalah penting untuk kajian lanjutan dalam bentuk RCT dilaksanakan untuk menentukan manfaat atau mudarat alkaliser urin.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zahidah Bt Zakaria (Klinik Kesihatan Permaisuri). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi ze3_88@yahoo.com

Tools
Information